ADIK IZZ BAKAL MENJALANI PEMBEDAHAN KE 12

Assalammualaikum.


Rasa seperti sudah agak lama tidak kemaskini berita berkaitan adik Izz di laman blog. Asyik update di laman FB dan PAGE sahaja. Baiklah, ini BERITA TERKINI berkaitan adik Izz. Jika sebelum ini adik Izz telah menjalani ujian 'Contrast' (KLIK SINI) dan keputusannya positif menunjukkan usus kecil adik Izz tidak berkembang tetapi ianya memanjang. 


Untuk sebab itu, pakar telah membatalkan segala segala pembedahan yang dirancang dalam "Plan 2015' (KLIK SINI). Selepas beberapa minggu, pakar comes out pula dengan 'Plan Gastrostomy' atas alasan banyaknya makan dan minum adik Izz tidak setara dengan banyaknya makan dan minum bagi budak sebayanya. Maksudnya makan dan minum adik Izz tidak normal. 

Atas alasan itu, adik Izz akan menjalani pembedahan 'Gastrostomy'. Inshaa Allah pada Rabu 18 Feb 2015. Belum dipastikan dalam jam berapa. Untuk makluman, Gastrostomy adalah satu tiub suapan yang menghubungkan perut secara langsung melalui kulit ke bahagian luar abdomen. Tujuannya memberi makan adik Izz melalui tiub di perut. Maknanya adik Izz akan ada 2 tiub iaitu tiub Central Venous Line (CVL) di bahagian dada dan tiub Gastrostomy di bahagian perut. Allahuakbar!

Ini sebenarnya sebagai langkah untuk beri adik Izz makan dan minum secara lebih disamping mengurangkan kebergantungan adik Izz terhadap Nutrisi Parenteral (TPN). Lagipun doktor telah beri jaminan bahawa adik Izz tidak akan Hypo dengan kaedah ini. Selain itu, adik Izz berkemungkinan akan dibernarkan discaj selepas Chinese New Year ini.

Inshaa Allah





4 comments:

  1. izz makin tembam... keciannya izz... semoga izz kuat dan parent pun kuat.

    ReplyDelete
  2. Doktor buat yang terbaik setelah berbincang. Papa, Mama dan adik Izz IZz Izz bertahanlah ye.. kami sentiasa doakan kesembuhan adik.Amin!

    ReplyDelete
  3. Assalam papa izz,
    Moga Allah permudahkan segalanya
    Semoga izz sentiasa dalam rahmat & lindungan Allah AMIN

    ReplyDelete
  4. Terima kasih semua. Inshaa Allah, kami pun berharap yang sama. Semoga segalanya lancar.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my