Post Top Ad

SUKARNYA MENGEKALKAN BERAT BADAN

Asalammualaikum . . .

Turun jugalah berat badan adik Izz lebih kurang 0.7KG 
apabila Nutrisi Parenteral (TPN) dhentikan dan petang semalam 
sudah dimulakan kembali pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) 12 jamnya 
selepas beberapa hari direhatkan. Namun adik Izz masih diberi antibiotik 
kerana kuman menjangkiti Central Venous Line (CVL) masih ada. 

Duduk sahaja sesekali cuba berdiri semampunya. Sudah beberapa hari tidak snap adik Izz berdiri.

Demam pula masih lagi berulang-ulang. 
Alahai, rasanya dah lama adik Izz demam. 
Dalam sehari, sekurang-kurangnya mesti ada dalam sekali 
suhu badannya akan meningkat tinggi. 

Isu kaki kanannya yang kesakitan tidak diketahui punca pula 
rasanya sudah makin baik kerana walaupun adik Izz masih belum mampu 
berdiri seperti kebiasaannya, adik Izz tidaklah menangis lagi apabila diberdirikan. 
Tetapi apabila kesakitan yang tidak diketahui punca ini 
walaupun sudah di Xray dan di Ultrasound, 
tetap menggusarkan hati ini. 
Mana mungkin adik Izz sakit tanpa sebab, kan? 

But doktor cuma pesan tidak perlu risau, 
mungkin apabila jangkitannya sudah baik, kakinya juga akan turut baik. 
Maknanya, jangkitan pada Central Venous Line (CVL) adik Izz 
mungkin menyebabkan jangkitan juga kepada kaki kanannya itu. 

Setiap penyakit ada ubatnya. Pegang itu sentiasa dengan doa dan harapan. Inshaa Allah

Walaupun adik Izz sudah mula diberi Nutrisi Parenteral (TPN), 
namun line dikaki kirinya masih belum dicabut lagi 
(line ditangan kanan sudah ditukar ke kaki kiri adik Izz kerana jarum bengkok). 
Mungkin line dibiarkan sementara waktu bertujuan untuk beri ubat 
kerana semalam antibiotik diberi melalui line kaki kirinya itu. 

Aku cuma harap, andai adik Izz sakit pun 
biarlah dia menanggung kesakitan itu satu satu pada satu masa 
bukannya dua atau tiga kesakitan pada masa yang sama. 
Tapi, itukan perancangan Allah, hanya mampu berdoa 
agar dikurangkan derita yang dihidapi adik Izz. 

Inshaa Allah.

2 comments:

  1. adik Izz kamu sgt comey... semoga kamu kuat untuk memberi sinat harapan kepada kedua ibubapa mu

    ReplyDelete
  2. semoga adik izz sihat ye..
    (baca je tapi tak sanggup nak komen panjang lebar. sebak)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!