SUSUR KELUAR LEBUHRAYA 2014

Assalammualaikum . . .


Dua tahun lepas, para doktor dan semua sibuk akan 
'PLAN 2013

Hampir 2 minggu adik Izz ditempatkan di ICU

yang mana misi UTAMA adalah menyelamatkan nyawa adik Izz 
sedaya,seusaha dan sebaik mungkin. Adik Izz agak tenat waktu itu 
dimana para doktor meramalkan yang peluang hidup  
bagi adik Izz hanyalah 30%. Kuasa Allah, 
dengan usaha semua pihak dan berkat doa semua pihak, 
Alhamdulillah adik Izz menunjukkan petanda POSITIF. 

Dengan sinar yang Allah berikan itu, 
adik Izz melalui fasa berikutnya iaitu 
'PLAN 2014

Dia kuat melalui dugaan ini, maka kami juga perlu kuat melaluinya.

dimana misi UTAMA kali ini adalah 
BAGAIMANA MEMBERI NUTRISI YANG SECUKUPNYA BUAT ADIK IZZ.
Sebab itulah pelbagai usaha dan cara dilakukan para doktor
bagi meneruskan hayat adik Izz yang menghadapi 
masalah bagi menyerap nutrisi dan gizi makanan.

|Central Venous Line (CVL), |Nutrisi Parenteral (TPN), | Lipid, 
|Home TPN (Nutrisi Parenteral), |Chemoports, |Femoral Line, 
|Ethanol Lock, |Chlorhexadine, |OFF Nutrisi Parenteral (TPN),
|Nutrisi Parenteral + Lipid,  |Hypo, |Etc.

Semuanya telah dilakukan bagi mengekalkan hayat adik Izz.
Untuk itu, adik Izz telah melalui pelbagai sesi pembedahan.

Kini, fasa berikutnya perlu dilalui adik Izz iaitu
'PLAN 2015'

adik Izz kena kuatkan lagi semangat ye untuk 2015 ini.

Fokus UTAMA untuk plan ini adalah
KURANGKAN KEKERAPAN PENGGUNAAN NUTRISI PARENTERAL (TPN).
Sebagaimana yang umum ketahui, adik Izz dikatakan  
akan menggunakan Nutrisi Parenteral (TPN) sepanjang hayatnya.

Penggunaan Nutrisi Parenteral (TPN) bagi jangkamasa panjang
bakal memberi kesan sampingan kepada hatinya. 
Untuk itu, doktor pakar comes out dengan
plan MENGEMBANGKAN USUS dan
plan ME M A N J A N G KAN USUS.

Aku cuma berharap agar sinar sembuh 2015 lebih cerah berbanding sinar 2014.
Dan semoga adik Izz dan kami sekeluarga lebih kuat dan tabah
menghadapi cabaran dan dugaan yang bakal datang ini.

Inshaa Allah.




2 comments:

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my