PAKAR ONKOLOGI MASUK CAMPUR

Assalammualaikum . . .


Walaupun kuman atau bakteria yang menjangkiti 
Central Venous Line (CVL) adik Izz belumpun dikenalpasti lagi, 
adik Izz telahpun diberi antibiotik 'vanco' melalui tiubnya itu. 
Namun tidak sampai 5 minit antibiotik 'vanco' diberikan, 
adik Izz telah menunjukkan tanda-tanda alergik. 
Badannya menjadi panas tiba-tiba dan mukanya naik kemerah-merahan. 

On sahaja 'vanco' terus naik merah-merah dan badannya kepanasan. 

Sebelum ini adik Izz pernah alergik dengan antibiotik yang sama juga. 
Mungkin tidak direkodkan kerana antibiotik yang sama juga 
diberikan kembali. Mujurlah kesan alergik adik Izz itu dikesan awal, 
bolehlah dihentikan pemberiannya. 

Adik Izz masih OFF Nutrisi Parenteral (TPN), 
hanya diberikan 'drip' HSD5 sahaja. 

Sudah lama adik Izz tidak menggunakan Syringe Pump dibawah itu.
Untuk antibiotik, terpaksa keluarkan dari kotak. 

Belum pun selesai hal-hal berkaitan jangkitan, antibiotik, batuk-batuk, 
demam berulang dan 'contrast', timbul pula TANDA TANYA baru. 
Dalam 2 hari ini, adik Izz seperti tidak berapa ingin berdiri. 
Kebiasannya adik Izz akan berdiri di sekitar 'Baby Cot'nya 
berlari-lari dan terlompat-lompat. Namun sekarang, 
dia hanya lebih kepada duduk sahaja. 

Menimbulkan tanda tanya, 
apabila didirikan adik Izz seakan-akan menahan kesakitan. 
Kaki kanannya pula akan sedikit 'bending' (bengkok) 
dan adik Izz akan menangis. Dari luaran, 
tidak nampak sebarang tanda kecederaan ataupun lebam. 

Selesai X-ray. Apapun keputusan Inshaa Allah kami terima. Mudah-mudahan

Oleh sebab itu, semalam adik Izz dibawa ke 
Unit Pengimejan Diagnostik Institut Pediatrik untuk tujuan X-ray. 
X-ray kaki kanan adik Izz akan dirujuk kepada Pakar Onkologi 
untuk tindakan selanjutnya. Jika tiada apa-apa dikesan melalui X-ray, 
kemungkinan adik Izz akan menjalani sesi ultrasound pula. 
Allahuakbar. 

Lepas satu satu yang datang. Hal sebelum belum selesai, 
timbul pula hal yang baru. Tidak mengapalah, anggap sahaja ini dugaan 
Yang Esa supaya kami lebih bertakwa kepadaNya. 
Walau hati kadang-kadang bagai berputus asa, 
tetapi akal masih waras untuk meneruskan usaha. 
Yang utama, teruskan berdoa kepada Ilahi. 

Inshaa Allah.



7 comments:

  1. sedihnya ...semoga adik izz xde ape2 yg serius....

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar....x dapat nak tahan airmata ni..besarnya dugaan buat adik Izz... kuatnya semangat daddy n mummy adik Izz...

    ReplyDelete
  3. comelnya adik izz.. moga adik izz dan family tabah ye hadapi dugaan ni.. Semoga dikurangkan sakit adik izz

    ReplyDelete
  4. @Mila Hilas
    Xray tidak menampakkan apa-apa tanda. adik Izz akan jalani ultrasound pula.

    ReplyDelete
  5. @eima
    Inshaa Allah... aminnn, mudah2an tiada apa2 yang serius

    ReplyDelete
  6. @ekjoz buluh

    semoga tiada apa2 yg serius berkenaan kaki adik Izz

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my