OPTIMUS PRIME TAK BALIK SEKOLAH

Assalammualaikum . . .

Setiap kali balik dari sekolah, beg along Izz akan diperiksa dahulu. Adakah sama seperti waktu mula-mula hantar ataupun sudah berlaku kekurangan. Alhamdulillah minggu lepas semuanya ada seperti biasa. Dan semalam, kopiah untuknya ke kelas KAFA yang tiada. 

Selepas tamat sesi pagi dalam jam 1.05PM, inilah menu utamanya. Milo!

Apabila ditanya, along Izz hanya menjawab tidak tahu. Adeh. Hilanglah nampaknya. Dan pagi semalam along Izz bawa transformers kegemarannya iaitu Optimus Prime. Tengahari tadi datanglah seperti biasa untuk hantar pakaian KAFA dan makanan, bila diperiksa begnya ermm sudah tiada itu Optimus Prime. 

Tanya padanya, "mana transformers along?". Dia cuma jawab dengan jawapan yang sama iaitu, "Along tak tahu". Alamatnya hilanglah lagi. 

Sesi paling ditunggu-tunggu adalah tamatnya sesi petang iaitu BALIK!!!

Tidak tahulah kemana perginya sebab bila pergi ke meja kelasnya, tiadalah pula. Mungkinkah esok akan muncul mainan berkenaan? Atau sekali dengan kopiah akan turut muncul sama? 




Hope!


2 comments:

  1. lenkali jgn bg bwk apa2, budak2 ni bukan tahu apa...

    ReplyDelete
  2. Bila tanya kelmarin, katanya "cikgu baju hijau amik"

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my