NANTI PETANG PAPA AMBIL ANGAH?

"Nanti petang papa ambik angah?". Itulah ayah angah Izz setiap hari bila masuk minggu ke-3 dia di taska baru. Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi berkali-berkali. Selalunya angah Izz akan tidur dalam kereta bila aku dalam perjalanan ke KL. Selesai hantar along Izz ke sekolah dan selesai hantar mama Izz ke stesen LRT, angah Izz masih lagi tidur dalam kereta. 


Bila sudah sampai ke pejabat aku barulah aku akan kejutkannya. Bila bangun, dia akan tanya "mama dah pergi kerja? Along dah pergi sekolah?". Aku angguk mengiyakan saja. Dan pertanyaan rutinnya juga akan ditanya, "Nanti petang papa ambik angah?". 

Kebiasaannya aku akan bawanya ke pejabat dahulu sebabnya aku nak punch in, on pc dan tukar kasut. Lebih kurang 10 minit, aku akan ajaknya ke taska nun diseberang pejabat aku. Dan sekali lagi angah Izz akan tanya, "Nanti petang papa ambik angah?". 

Kadang-kadang nampak macam dia sedih semacam pulak. Tambah-tambah kalau hantar hari Isnin selepas bercuti 2 hari. Biasanya aku cuma jawab, "Iye, nati petang papa ambiklah macam semalam. Lepastu kita pergi ambik along ye". 

Sampai didepan pintu taskanya, sekali lagi angah Izz akan tanya, "Nanti petang papa ambik angah?". Risau betul dia aku tidak datang jemput. Salam, peluk, cium dan flying kiss untuk angah Izz. Berlalulah angah Izz masuk ke dalam Taska Permata Timang.

Be a GOOD Boy Okeh!


2 comments:

  1. Anak yang baik.. Papa yang baik.. family yang baik.. Semoga Alllah memberkati kamu sekeluarga dengan yang baik2 saja. Amin!

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya baik2 aje..comel angah izz

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my