Post Top Ad

KENAPA TASKA PERMATA TIMANG

Assalammualaikum...

Hari terakhir along Izz dan angah Izz di Taska dan Tadika Temanku setelah 4 tahun mereka disana.

Hari ini bermulalah sesi baru dalam hidup angah Izz iaitu 
bersekolah di taska baru. Setelah 4 tahun angah Izz 
di taska yang lama (TASKA dan TADIKA TEMANKU, Menara PJD), 
tahun ini angah Izz terpaksa bertukar ke taska yang lain. 

Kenapa? Sebabnya along Izz sudah mula bersekolah darjah satu 
dan perjalanan sekolah along Izz dan taska angah Izz sudah berlainan laluan. 
Sebab itulah angah Izz terpaksa ditukarkan ke taska yang baru 
bagi memudahkan dan menjimatkan masa aku. 

Pertama kali hantar anak untuk Program PERMATA 

Taska baru angah Izz adalah TASKA PERMATA TIMANG yang terletak 
di bangunan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 
yang terletak di Jalan Raja Laut dimana tempat kerja aku pula 
hanyalah bertentangan dengan bangunan berkenaan 
iaitu di Menara Tun Ismail Mohamed Ali (TIMA).
Bolehlah juga aku cuba dengan silibus PERMATA ini bagaimana. 

Pagi-pagi aku lihat angah Izz sedikit excited 
bila diceritakan berkenaan dengan taska barunya. 
Namun apabila sampai sahaja, sudah mula berkepit-kepit dengan mamanya. 
Pulak dah! Sekejap-sekejap gosok mata sebab dah menitis air matanya. 
Dipesan-pesan pada mamanya, 
"mama takyah pergi kerja", "mama teman angah tau".

Waktu untuk breakfast.
 
Angah Izz sejak dari usia 3 bulan lagi sudah dihantar ke taska, 
sudah ada kawan baiknya, dan sudah ada cikgu kesayangannya.
Memanglah angah Izz akan sedikit bersedih dan kehilangan. 
Tambahan pula ini taska baru. Hendak mula semula sesi suai kenal, 
mula semula sesi ramah mesra dan sebagainya. Ambil masa lah sedikit.
ke mula-mula je kot sedihnya?

Dari awal aku sudah cakap pada angah Izz 
yang "Cikgu Azreen dah takda tau, Cikgu Ayu pun dah takda tau, 
Cikgu Shima pun takda juga ye. Fiqah pun dah takda tau". 
Itu semua nama-nama yang angah Izz selalu sebut sepanjang 4 tahun ini, 
so aku beritahu angah Izz yang dia sudah tidak berjumpa lagi dengan mereka.

Ambil buku log along Izz dan angah Izz di taska lamanya sebagai kenangan.

Jumaat lepas aku ada hantar angah Izz ke taska lamanya
untuk dia beramah-mesra dengan rakan-rakan lamanya
serta cikgu-cikgu dan pengasuhnya.
Cikgu-cikgunya pun turut bersedih yang angah Izz
sudah tidak bersekolah disana lagi.

Iyalah, hendak buat bagaimana? Selepas ini akan datang pun
mereka akan bawa haluan masing-masing bila sudah bersekolah.
Bayaran bulanan bagi Taska Permata Timang adalah RM260.00
dan jika angah Izz masih di Taska dan Tadika Temanku itu,
bayaran bulanannya pula adalah RM380.00.
Dari segi bulanan pun aku sudah jimat. Hahaha.

SEMOGA angah Izz dapat menyesuaikan diri di taska barunya itu.

INSHAA ALLAH...





4 comments:

  1. seronok je muka dia dapat g school.

    Jom cuci mata di blog saya "untuk modern mom"

    ReplyDelete
  2. Nk tnya.cmne dia kt taska lppkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun saja dia disana. ok lah. Usianya 5 tahun, dia dah masuk KEMAS pula.

      Delete
  3. Nk tnya.cmne dia kt taska lppkn?

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!