KAKI BELUM SEMBUH

Assalammualaikum . . .

Apa kata kita letak tepi dahulu buat sementara waktu persoalan utama adik Izz samada soal Nutrisi Parenteral (TPN) 12 jam nya, soal nurse kelmarin pasang 3-ways-stopcock di tiub Central Venous Line (CVL) tanpa semak keperluan, soal antibiotik yang masih diteruskan, soal beri ubat tambah darah, soal beri ubat tahan muntah, soal adik Izz 'Hypo' apabila OFF Nutrisi Parenteral (TPN) dan macam-macam lagi soalnya.

Kemana hilangnya lompatannya? lariannya? jalannya?

Sentuh pula bab kaki kanan adik Izz. Belum lagi dapat dikenalpasti apakah penyebab adik Izz tidak boleh/ tidak mahu berdiri. Apabila dilakukan ujian xray, keputusannya OK. Dibuat pula ujian ultrasound, keputusannya pun OK juga. TETAPI adik Izz masih tidak mahu/ tidak boleh berdiri. Walaupun adik Izz mencuba untuk berdiri, dia hanya menampung badannya dengan kaki kirinya sahaja. Seolah-olah kaki kanan adik Izz sedang dilanda kesakitan atau pun sedang menahan kesakitan.

Sudah diurut hari-hari, juga dituam dengan ais (saranan doktor) namun tiada pula perubahan ketara. Hendak dikatakan ada bengkak mahupun lebam, tiadalah pula nampak tanda-tandanya. Aduhai. Doktor bagi tempoh seminggu lagi, andai kata adik Izz masih belum berdiri terpaksalah rujuk kepada pakar. Sudahlah adik Izz baru mula berjalan, sudah tersekat pula dengan hal ini. 

Rindunya ingin melihat adik Izz berjalan. 

Entahlah...



HARI ke 439 already

2 comments:

  1. Assalam papa izz,
    nomeinya izz
    moga Allah ringankan ujian buatnya
    AMIN

    ReplyDelete
  2. Aminnn... Mudah-mudahan dimakbulkan doa puan. Inshaa Allah

    Terima kasih

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my