Post Top Ad

DOKTOR TIDAK MAHU BEDAH ADIK

Assalammualaikum . . .

Jika 3 hingga 6 bulan masa adik Izz mula-mula sakit dahulu mama Izz kerap mengalirkan air mata, aku tahu mama Izz amat tersentuh dan sedih dengan keadaan adik Izz. Semakin lama, masa berlalu, aku lihat mama Izz sudah kuat dan lali serta boleh menerima keadaan adik Izz. Walaupun berita yang diterima agak kurang sedap didengar namun mama Izz tetap tidak mengalirkan airmatanya lagi. 

Mudah-mudah plan pakar semgalanya dipermudah Allah.

Cuma akhir-akhir ini mama Izz mengalirkan airmatanya semula. Kali ini setiap kali mama Izz mengalirkan airmatanya, aku tahu itu airmata kegembiraan dan kesyukurannya. 

Baru-baru ini mama Izz mengalirkan airmatanya kerana ujian 'Contrast' adik Izz menunjukkan yang ususnya memanjang dimana itu tidak pernah berlaku. Kebiasaannya usus akan mengembang sahaja. 

Dan semalam mama Izz sekali lagi mengalirkan airmatanya kerana doktor pakar tidak mahu menjalankan pembedahan lagi buat beberapa ketika. Para doktor lain memberitahu bahawa mereka juga terkejut mendengar keputusan doktor pakar iaitu tidak menjalankan pembedahan. Kemungkinan untuk selama beberapa bulan atau tahun. Keputusan untuk tidak membedah adik Izz kerana keputusan usus kecil adik Izz yang positif iaitu tidak mengembang tetapi memanjang. 

Alhamdulillah kaki adik Izz juga semakin sembuh.

Inshaa Allah adik Izz akan dibenarkan balik ke rumah dalam hujung bulan Febuari ini. Tetapi sebelum itu para doktor masih dalam perbincangan menyediakan jururawat bagi tujuan 'dressing' apabila adik Izz ON Nutrisi Parenteral (TPN) dan OFF Nutrisi Parenteral (TPN). 

Jika sebelum ini papa Izz, mama Izz dan opah Izz yang buat segala 'dressing' bagai, kali ini jururawat yang akan ditugaskan berbuat demikian. Mungkin bagi mengelakkan 'infection' atau dijangkiti kuman. 

Semoga Allah permudahkan segala plan yang dirancang ini. Berita yang sangat menggembirakan apabila dengar adik Izz boleh balik. Alhamdulillah. 

Inshaa Allah.


6 comments:

  1. Semoga adik Izz tabah dan kuat hadapi semua nie. Syukur dgn perkembangan yang positif.

    Singgah baca sambil follow. Jemput ke http://akukaudansesuatu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. semoga dipersembuhkan. diberi keupayaan untuk kuat.

    Ameen.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. x sia2 usaha keluarga Izz Izz Izz dan doa kita selama ni. Sembuhkan adik sepenuhnya Ya Allah!

    ReplyDelete
  4. Assalam papa izz,
    alhamdulillah
    Moga Allah terus memberikan kesihatan & sinar kebahgian kepada adik izz serta keluarga AMIN

    ReplyDelete
  5. Wassalam semua. Terima kasih sebenarnya pada semua yang bersama-sama mendoakan adik Izz. Inshaa Allah, semoga kesembuhannya berterusan hendakNya. aminnn

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!