WALAU BERGULING BELUM TENTU TERBELIT

Adik Izz kadang-kadang akan memandang jauh dan diam sahaja seperti memikirkan sesuatu

Sudah setahun lebih adik Izz menghidap Short Bowel Syndrome
Namun, belum ada penjelasan kukuh berkaitan 
BAGAIMANA usus kecil adik Izz boleh terbelit. 
Adalah juga betulnya kerana doktor hanya menyatakan 
yang tiada siapa yang memasukkan tangan ke dalam perut adik Izz 
dan membelit-belitkan usus berkenaan. 

Kadang-kadang aku juga terfikir macamana usus itu terbelit. 
Aku pernah lihat gambar usus berbelit berkenaan 
semasa adik Izz selesai operation pertama di Hospital Putrajaya dulu. 
Itupun doktor bedah yang tunjukkan kepada aku. 
Apa yang aku lihat hanya usus itu kehitaman sahaja. 

Sudah lama adik Izz lihat orang yang setting this machine. Sekali sekala, dia pula yang akan tekan button

Terbelitnya itu bagaimana, tidaklah pula aku nampak. 
Masa itupun hati aku tengah risau, apa doktor kata atau tunjukkan, 
aku hanya mengiyakannya tanda faham 
walaupun aku memang tidak faham pun. 

Sehingga kini, masih belum ada penjelasan yang kukuh 
tentang usus adik Izz itu. 
Jika usus masuk dalam usus aku pernah dengar. 
Jika usus melekat dengan usus pun aku pernah dengar. 

Itupun kerana apabila aku lepak di wad menemani adik Izz, 
aku boleh tahu tentang penyakit pesakit-pesakit yang lain. 
Kuasa Allah, siapa kita hendak nafikan. 
Namun semua yang berlaku mesti ada sebab musababnya, kan? 

Tidak mengapa. 
Doktor pun masih dalam kajian mereka berkaitan adik Izz. 
Mungkin akan datang akan ada penjelasan nyata daripada mereka. 
Aku pula tidak perlulah fikirkan sangat 
kerana itu semua sudah lepas. 
Cuma aku berharap, 
akan datang 'sinar' untuk adik Izz sembuh itu ada.

Sakit yang aku rasa, tidak sama dengan sakit yang adik Izz rasai! kan?



 

4 comments:

  1. setiap kali dtg cni mesti rasa sebak..kuatnya adik izz melawan sakit dia.muka dia sll hepi.. Semoga mama papa adik izz pn kuat juga ye...memang mudah org lain ucapkan hanya yg memikul je thu mcm mn perasaan..kami hanya blh doakan je..

    ReplyDelete
  2. @Mila Hilasdoa yang puan berikan, amat besar makna kepada adik Izz dan kami sekeluarga. Semoga doa2 semua dimakbulkan Ilahi. Betapa kuatnya harapan kami untuk lihat adik Izz sembuh.

    TERIMA KASIH puan!

    ReplyDelete
  3. kesiannya dia, naluri ibu macam dicincang bila tengok adik izz
    betullah, yang lebih merasai tu adik izz
    dia insan terpilih, keluarga dia juga
    moga terus kuat ye

    ReplyDelete
  4. @Yana Yani
    Iyalah, kita sebagai manusia memang tak terjengkal dengan kuasa Tuhan.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my