TUHAN TOLONG SEMBUHKAN DIA

Hari INI sudah lebih 1 TAHUN 26 HARI 
adik Izz sakit yang aku anggap sebagai PEJUANG KECIL. 
Ramai yang datang ke Wad KK4 Institut Pediatrik HKL 
tetapi tertarik untuk melihat adik Izz 
dan bertanya mengapa adik Izz di wad 
kerana adik Izz kelihatan sihat kerana keadaan adik Izz yang 'chubby' itu. 
Namun apabila diberitahu mengenai penyakit adik Izz 
dan sudah berapa lama adik Izz ditahan di wad, 
masing-masing bagaikan terkejut. 

Pipi adik Izz sedikit lebam kesan terhantuk besi pengadang 'Baby Cot'

Kalau mengikut perkiraan kasar aku, 
adik Izz sempat untuk ber 'Home TPN Programme
iaitu pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) di rumah 
selama lebih kurang 59 HARI. 
Dan yang paling lama adik Izz dapat bertahan di rumah 
untuk program berkenaan adalah selama 38 HARI 
iaitu semasa bulan RAMADHAN yang lalu. 
Selebihnya sebagaimana yang semua tahu adalah di WAD. 

Sebenarnya sudah 2 HARI adik Izz demam panas 
pada waktu malam sehinggakan adik Izz memerlukan 'Sub PCM
iaitu diberi ubat melalui bontot. 
Jika dilihat dari luaran iaitu pada tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz, 
tidak pun menunjukkan tanda-tanda adanya jangkitan, 
namun sebagai langkah tambahan, kelmarin doktor melakukan ujian darah 
pada adik Izz untuk mengetahui punca adik Izz demam. 

Iye lah, sudah 2 HARI demam dan diberi ubat bontot 
namun adik Izz tetap juga demam berulang-ulang. 
Demamnya pula adalah sepanjang pemberian Nutrisi Parenteral (TPN). 
Apabila Nutrisi Parenteral (TPN) di Off-kan, tidaklah pula adik Izz demam. 

Rasanya jika keputusan ujian darah menunjukkan adanya jangkitan 
pada tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz, 
doktor akan berikan 'Ethanol Lock
(sejenis ubat yang diberikan melalui tiub CVL yang akan mencuci 
dan membunuh kuman didalam tiub itu. Itu apa yang aku fahami lah). 

Kawasan sekitar tiub Central Venous Line (CVL) perlu kering. Bila adik Izz On Nutrisi Parenteral (TPN),
badannya hanya dilap dengan kain/ tisu basah.

Bila adik Izz demam, mama Izz terpaksalah nampaknya tidur sekali 
dalam 'Baby Cot' kerana khuatir adik Izz akan menggigil / kejang 
kerana kali terakhir adik Izz demam, 
panasnya sampai ke tahap adik Izz 'tarik' dan pucat lesi.

Aku harap, demam adik Izz hanyalah demam biasa. 
Janganlah sampai ke tahap tiub CVL berkenaan harus ditukar. 
Andai perlu ditukar, maknanya adik Izz perlu melalui sesi pembedahan lagi. 
Belum tentu mama Izz akan bertahan kali ini 
andainya adik Izz perlu dibedah lagi. 


Sama-samalah kita BERDOA!


Andai ada rakan-rakan yang ingin melawat adik Izz, bolehlah datang ke : 

Wad KK4 (Katil No. 6) 
Institut Pediatrik 
Hospital Kuala Lumpur. 

Waktu melawat pula adalah :

ISNIN - JUMAAT (12:30pm - 2:00pm dan 4:30pm - 7:30pm),
SABTU, AHAD dan CUTI UMUM (12:30pm - 7:30pm)



14 comments:

  1. Mudah2an demam2 biasa sahaja.. semoga segalanya berjalan lancar dan baik... aamiin ya Rabbal alaamiin.

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan... semoga adik izz cepat sembuh.. dan boleh berkawan dgn harris.. dorang sebaya... =)

    ReplyDelete
  3. silent_readerDecember 04, 2014

    Amin amin amin. Semoga disembuhkan. Ya Allah, menangis bila baca satu per satu entry pasal adik izz. Mama n papa izz sgt tabah n sgt positif. Semoga Allah permudahkan. Sesungguhnya Allah sayang adik izz..

    ReplyDelete
  4. Allahhuakbar. Sebagai ibu, saya sangat tersentuh dengan kisah ini. Semoga encik, isteri dan keluarga akan terus kuat untuk menghadapi semuanya. Dan miga Allah mudahkan Izz untuk terus melawan penyakitnya. Insya allah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..saya dapat tahu kisah Adik Izz ni dari Kak YY melalui blog beliau "diari seorang mama" dan Acik (Aku Penghibur)..Bila melihatkan senyuman adik Izz, mesti orang lain tak akan tahu penderitaan Adik Izz..saya doakan moga Adik Izz akan sembuh daripada penyakitnya. Sesungguhnya Allah tidak akan memberati ujian kepada hamba-Nya melebihi kemampuan hamba itu sendiri. InshaAllah ada kesempatan, saya teringin nak melawat Adik Izz.

    ReplyDelete
  6. @Khir Khalid Alhamdulillah, adik Izz hanya demam biasa kerana keputusan ujian darah petang semalam tidak menunjukkan tanda2 jangkitan pada tiub CVL nya. Syukur!

    Terima Kasih KK

    ReplyDelete
  7. @Allene ALineWorks Inshaa Allah... mudah2an berkat doa semua pihak, adik Izz makin sembuh. Aaminnn..

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  8. @silent_readerInshaa Allah. Allah berikan kami kekuatan untuk menjaga adik Izz, Allah berikan kami kesihatan untuk kuat demi adik Izz. Syukur...

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  9. @CIK NANAMudah2an. Besar harapan kami dan harapan semua untuk lihat adik Izz sembuh. Semoga Allah berikan kesembuhanNya buat adik Izz

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  10. @zahratunnurTerima kasih banyak2 kerna sedui singgah dan bersama2 mendoakan adik Izz. Kami juga amat terharu , betapa ramainya mommies and daddies yang sayangkan adik Izz

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  11. Ya Allah semoga adik izz kembali sihat seperti sediakala..Awak try bg supplement Shaklee: Mealshake + Omega. Bagus untuk sistem imunisasi anak. Hubungi saya untuk details. 012.939.4864. InsyaAllah ini sebahagian dari usaha untuk anak. Semoga awak sentiasa sabar dan di permudahkan segala urusan. Izz kuat!

    ReplyDelete
  12. @Amalina Hussain Aaminnnn.. Inshaa Allah mudah2an dimakbulkan doa puan. Adik Izz boleh diberi supplemen, namun menurut dietician supplemen itu mestilah tiada vit A C dan D.

    ReplyDelete
  13. Singgah sini baca kisah adik Izz (Dari blog diari seorang mama) Saya doakan agar ada keajaiban berlaku dan adik Izz sihat. Saya tau papa Izz dan mama Izz sgt kuat...

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my