Post Top Ad

TOLONGLAH MAMA ANAK-ANAK MAMA

"Along Angah, nanti belajar rajin-rajin tau. 
Dah besar mama nak salah seorang jadi doktor ye. 
Tolonggglah carikan jalan atau ubat untuk sembuhkan adik ye! Mama harap sangat-sangat", 
kata mama Izz kepada along Izz dan angah Izz.

Dia tak faham apa kata doktor.. Namun dia memahami ape reaksi pada papa dan mama Izz

Usus 8cm adik Izz terpendek yang ada sekarang ini. 
Adik Izz akan guna Nutrisi Parenteral (TPN) 
sepanjang hayatnya (TIUB 1) yang mana 
penggunaan TPN untuk jangkamasa panjang 
akan 'effect' pada 'liver' adik Izz.

'Plan' 2015 ini adalah untuk lakukan pembedahan 
pisahkan usus kecil daripada usus besar 
dan sambungkan usus kecil adik Izz 
menggunakan tiub keluarkannya melalui perut (TIUB 2). 

Apabila makanan dan minuman diberikan, 
tiub berkenaan akan ditutup dan dibiarkan 
makanan/ minuman dalam usus berkenaan selama 4 jam. 
Selepas 4 jam, tiub akan dibuka semula 
untuk membuang lebihan makanan/ minuman tersebut. 
Tujuannya adalah untuk mengembangkan usus kecil adik Izz.

Perut pula akan disalurkan dengan satu tiub lagi 
untuk proses beri makanan/ minuman (TIUB 3) 
seandainya apa yang adik Izz makan/ minum 
melalui mulut kurang daripada yang sepatutnya.

Selepas sebulan/ beberapa bulan, 
andai kata usus kecil adik Izz mengembang 
ke saiz yang diperlukan, pembedahan 
"MEMANJANGKAN USUS" pula akan dijalankan. 
Kemungkinan usus 8cm adik Izz 
MUNGKIN boleh bertambah kepada 16cm - 20cm. 

Kita cuba sedaya mungkin, biarlah Allah yang tentukannya

TUJUAN utama adalah untuk mengurangkan kebergantungan 
adik Izz menggunakan Nutrisi Parenteral (TPN) setiap hari 
kepada 3 atau 4 hari seminggu. 
NAMUN.... 
Nutrisi Parenteral (TPN) tetap sepanjang hayat adik Izz.

Kaedah ini semua adalah yang PERTAMA 
akan dicubapakai kepada adik Izz. 
NO GUARANTEE tapi usus sediada 8cm 
TIDAK AKAN berkurangan panjangnya. 
Hanya itu GUARANTEE yang dapat diberi!

Inshaa Allah, 
'plan' ini akan dilaksanakan JANUARI 2015!


4 comments:

  1. Semoga plan ini berjaya... serah segalanya pada yang maha hebat bro... semoga family Izz tabah menempyh dugaan berat ni :)

    ReplyDelete
  2. Papa dan Mama Izz izz izz izskh dah berusaha yang terdaya. Para doktor pun. Sekarang ni kita Doa! Doa! Doa! Semoga adik sembuh macam anak2 yang normal yang lain.

    ReplyDelete
  3. @cik muntelthanx mun for being very supportive!

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!