TEMPOH MASA NUTRISI PARENTERAL (TPN) SINGKAT

Assalammualaikum . . .

Dia setia menanti demi kesembuhannya. Be strong my boy.

Sementara menanti adik Izz 'operation' 
yang mana tarikhnya belum pun lagi ditetapkan, 
tidak banyak 'update' yang dapat diberitahu. 
Apabila ditanya dengan doktor-doktor lain, 
masing-masing cuma menjawab tunggu doktor pakar 'decide'. 

Yang terbaru cumalah Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz 
yang biasanya diberi selama 16 jam setiap hari itu 
telah dikurangkan jumlah jam pemberiannya iaitu selama 12 jam pula. 
Semalam baru dimulakan Nutrisi Parenteral (TPN) 12 jam. 
Kena pantau juga keadaan adik Izz, manalah tahu kalau-kalau dia 'Hypo'. 
Aku harap tidaklah 'Hypo' kerana aku lebih memilih adik Izz 
menerima Nutrisi Parenteral (TPN) selama 12 jam berbanding 16 jam. 

Bacaan pada 'Infusion Pump' pula ditingkatkan kepada 109 yang mana sebelum ini adalah 82.
Semakin singkat masa pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) 
kepada adik Izz, semakin banyaklah masanya untuk adik Izz 
berehat, bermain, berjalan dan bersantai. 
Aku lihat adik Izz sudah semakin laju berjalannya dan 
sudah semakin jauh perjalanannya. Senyum dan gelak tawa sahaja dia 
apabila dapat berjalan meronda satu wad. 

Cumanya adik Izz masih belum sembuh dari selsemanya.
Asyik berhingus sahaja, kadang-kadang tersekat-sekat nafasnya.
Bila nampak agak teruk sedikit keadaannya,
kena 'suction' ataupun 'neb' lah jawabnya.
'Neb' dikira ok lagi sebabnya adik Izz tidak nangis
tetapi apabila 'suction'? Memang menangislah dia.
Kadang-kadang sampai berdarah juga hidungnya.

Di bahagian telinga kanannya pula ada 'infection'.
Ini disebabkan oleh batuk selsema adik Izz 
yang sebelum ini agak teruk
menyebabkan adanya lelehan dibahagian telinganya.

Bukan senang hendak titis ubat ditelinga adik Izz. Menggelupur bak ikan naik ke darat.

Pakar ENT (Ear, Nose and Throat) hanya berinya
ubat titis telingan yang mana lagi 2 minggu
adik Izz akan melalui rawatan susulan semula.
Semoga adik Izz sembuh sebelum itu.

Selainnya hanyalah perkara-perkara rutin adik Izz sahaja.



7 comments:

  1. Semoga adik Izz bertambah baik keadaannya dari sehari ke sehari...

    ReplyDelete
  2. semoga adik Izz semakin sihat...

    ReplyDelete
  3. kesiannya dia
    moga cepatlah sembuh ye adik izz
    acik yana yang membaca pun terasa sakit
    apatah lagi yang melaluinya

    ReplyDelete
  4. @Yana Yanisedu-sedu dia bila kena suction

    ReplyDelete
  5. budak montel kena suction..tak dapat bayangkan..moga adik izz cepat sembuh..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my