MAIN-MAIN DENGAN TIUB CENTRAL VENOUS LINE (CVL)

Alhamdulillah, 
semalam adik Izz ON Nutrisi Parenteral (TPN) untuk 12 jam 
dan dia tidak 'Hypo'. Ujian darah yang dibuat sela masa 4 jam sekali 
menunjukkan bacaan NORMAL walaupun semakin petang 
ia semakin menurun but still dalam range bacaan normal bagi budak sebayanya. 

Bila naik menda alah ini, adik Izz lebih suka 'reverse' berbanding 'forward'. 

Harap-harap OFF Nutrisi Parenteral (TPN) pada pagi ini 
dan free sampai ke petang, adik Izz dapat kekalkan gula dalam darahnya. 
Bila Nutrisi Parenteral (TPN) diberi 12 jam, 
masa untuk adik Izz free agak panjang. Nampaknya opah Izz 
harus upgrade tahap kekuatan dan kesabarannya 
untuk melayan kerenah adik Izz yang semakin aktif serta nakal ini.

Biasanya adik Izz akan ON Nutrisi Parenteral (TPN) nya 
lebih kurang dalam jam 5:00PM - 6:00PM.
Dan biasanya juga Nutrisi Parenteral (TPN) tidak akan habis
betul-betul dalam tempoh 12 jam itu.  
Senang kira jika Nutrisi Parenteral (TPN) itu 12 jam,
ia akan ada tambahan masa dalam 1 - 2 jam.
Maknanya, TPN 12 jam = Off selepas 13-14 jam dan 
begitu jugalah apabila TPN 16 jam =  Off selepas 17-18 jam.

'Extra cautious' bagi tiub CVL adik Izz. Covered dengan 'pouch'.
Kalau dulu, mama Izz akan barut adik Izz.

Tabiat terbaru adik Izz kini adalah mengacah-acah 
untuk mencabut tiub Central Venous Line (CVL) nya. 
Apabila dimarahi atau ditegur, adik Izz akan meletak tangannya 
di dada kirinya dan akan membuat gaya seakan-akan ingin mencabut tiubnya. 
Memang terhentilah marah/ teguran opah Izz dan mama Izz. 

Emmm, dah semakin besar adik Izz ini. 
Sudah pandai bergurau-gurau senda. Dia tidak faham yang gurauannya itu 
bagai menarik jantung si mama Izz dan opah Izz. 
Iyalah, dia buat main-main dengan tiub. Adik oh adik! Cepatlah sembuh ya. 
Bila sudah betul-betul sembuh nanti, bolehlah adik Izz 
cabut tiub Central Venous Line (CVL) itu sebenar-benarnya. 


CEPATLAH SEMBUH! 


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my