BUKAN CEMBURU TAPI FAHAM

"Sayang minta ampun pada abang dan anak-anak 
andainya selepas ini sayang nampak seperti abaikan abang, along  dan angah. 
Andai sayang kurang memberikan tumpuan pada semua. 
Sayang cuma ingin adik sembuh je. 
Sayang tak boleh fikirkan perkara-perkara lain selain adik". 

Semoga Allah berkati hidup kami sekeluarga

Itulah kata-kata mama Izz dalam 'meeting family' yang lepas. 
Mungkin mama Izz merasakan yang dirinya berlaku tidak adil kepada kami 
dengan setiap waktunya fikirannya hanyalah adik Izz. 
Mama Izz sebenarnya sanggup untuk tidak pulang ke rumah 
asalkan adik Izz ada disisinya sentiasa. 
Namun atas desakan opah Izz yang sanggup berkorban 
menggantikan mama Izz menjaga adik Izz di hospital, 
mama Izz terpaksa akur. 

Bila mama Izz pulang, 
dari dalam kereta lagi dia akan bercerita mengenai adik Izz. 
Setiap masa. 
Dirumah sambil memasak, waktu makan malam, 
waktu mama Izz iron baju even waktu berbaring sebelum tidur juga 
mama Izz akan bercerita tentang adik Izz. 
Aku, along Izz dan angah Izz sebenarnya tidak kisah 
malahan kami memahami keadaan. 

Adik Izz memang memerlukan perhatian penuh, 
tambah-tambah pula dengan perhatian dan kasih sayang yang diberikan 
sedikit sebanyak dapat memberi kekuatan kepada adik Izz 
untuk melawan dan bertahan dengan sakitnya. 

Aku isi masa along Izz dan angah Izz 
dengan membawa mereka berjalan-jalan pada hujung minggu 
supaya mereka tidak merasa bosan. 
Keseronokan mereka rasai dapat melupakan seketika 
yang mama Izz mereka tiada di sisi demi menjaga adik Izz di hospital. 

Bila ditanya kepada along Izz dan angah Izz mama mana? 
Mereka cuma menjawab, "Mama kat hospital. Mama jaga adik. Adik sakit perut." 
Berulangkali tanya, itulah sahaja jawapan mereka. 
Aku ambil alih tanggungjawab dirumah dengan menguruskan mereka 
manakala opah Izz uruskan bab masak-memasak dan kemas-mengemas. 
Atok Izz, Alhamdulillah masih sihat 
menguruskan bab basuh-membasuh dan lipat-melipat pakaian. 

Semoga kami semua diberi kesihatan dan kesabaran 
dalam mengharungi cabaran dan dugaa-Nya ini.



9 comments:

  1. semoga terus tabah menghadapi cabaran dan semoga dipermudahkan lagi...

    ReplyDelete
  2. fhm perasaan mama izz.. ibu mana tak sayang anak... semoga adik izz kuat dan cepat sembuh... sampai kan salam pada mama izz...

    ReplyDelete
  3. Semoga allah permudahkan buat Adik Izz...sedih hati baca kisah adik ni...coz im a mum so i know its hurts when seeing our loved ones mcm tu...insyaallah adik Izz akan sembuh...amin...

    ReplyDelete
  4. @Farah Waheda Wahid aaminn.. Inshaa Allah kami cuba yang terbaik!

    TQ very much

    ReplyDelete
  5. @Allene HadleneInshaa Allah, akan saya sampaikan salam pada mama Izz. Hanya wanita yang memahami wanita. TErima kasih atas sokongan yang diberikan

    ReplyDelete
  6. @Amanda Suriaaaminnnn... Kami juga berharap begitu. Kesembuhannya amatlah kami nanti2kan

    ReplyDelete
  7. Semoga tabah menghadapi dugaan dan semoga adik Izz sembuh seperti sediakala.

    ReplyDelete
  8. hati seorang ibu...
    Allah Maha Besar...
    hanya Allah Maha Mengetahui nya :(

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my