BERSEDEKAH DALAM SEMBUNYI

Assalammualaikum . . . 


Pertama-tamanya aku nak ucapkan 
TERIMA KASIH 
banyak-banyak kepada semua yang selama ini 
memberi sokongan tidak berbelah bahagi 
kepada aku sekeluarga. 
Yang tidak mengharap langsung apa-apa balasan 
terhadap apa yang telah diberi/ dilakukan. 

Aku percaya semuanya IKHLAS dan demi PERSAUDARAAN sesama kita. 
Memadai sebenarnya andai sumbangan DOA diberikan 
untuk adik Izz dan kami sekeluarga. 
Itu pun sudah membuatkan aku sekeluarga terharu. 
Ada juga yang memberi sumbangan dalam bentuk WANG RINGGIT 
dan aku anggap itu sebagai SEDEKAH JARIAH semua 
dan juga REZEKI adik Izz. 

Aku sekeluarga tidaklah mampu untuk membalas jasa semuanya, 
hanya mampu menadah tangan agar semuanya diberikan kesihatan 
dan rahmat yang melimpah ruah dari Yang Esa. 

Aaminnn . . .


Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)







4 comments:

  1. alhamdulillah, semoga adik Izz kembali sihat =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, semoga adik Izz kembali pulih...

    ReplyDelete
  3. @Yana Yani tERIMA KASIH yana. Yana banyak membantu kami.

    ReplyDelete
  4. @Farah Waheda Wahid terima kasih saya sekeluarga ucapakan.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my