ASALNYA BIASA KINI MELARAT PULA

Sabarlah wahai adik Izz, bukan mudah menjadi adik Izz sekarang ni.

Rasanya sudah seminggu adik Izz dilanda batuk-batuk dan selsema. 
Berkahak-kahak sudah dibuang, berhingus-hingus pun sudah dibuang 
tetapi adik Izz masih lagi batuk dan selsema.
'Suction' sudah, 'Sterimar' sudah, 'Neb' sudah, namun... 
Entahlah, mungkin musim rasanya. 

Namun jika adik Izz yang tidak sihat, 
aku khuatir ia akan merebak dan menjangkiti ke bahagian lain 
terutamanya part paling penting untuk dijaga 
iaitu tiub Central Venous Line (CVL) nya. 

Bila kena 'suction' hingus dan kahak, mesti adik Izz nangis. 

Alhamdulillah setiap hari 'dressing' setakat hari ini, 
tiub adik Izz masih ok dan tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan. 
Cuma sekarang ini, adik Izz suspect ada jangkitan dibahagian telinganya. 

Sudah macam kes angah Izz yang dahulu pula 
bilamana angah Izz batuk selsema agak lama 
dan kahak serta hingusnya terlalu banyak, 
ianya akan keluar melalui telinganya pula. 
Lama jugalah kena ulang alik hospital buat susulan. 

Aku harap tidaklah berlaku perkara sedemikian kepada adik Izz. 
Apa-apa pun kena tunggu pakar ENT (Ear Nose and Throat
datang buat checkup pada adik Izz. 
Mudah-mudahan bukan serius. 

Inshaa Allah.



HARI KE 411




10 comments:

  1. adik Izz..semoga kau tabah dan kuat utk menerima dugaan2 ini... semoga ada jalan untuk kamu sembuh...mama mila x sggup melihat wajahmu sayang...

    ReplyDelete
  2. Assalam,
    moga Allah memberikan kesembuhan kepada izz
    AMIN

    ReplyDelete
  3. moga adik cepat sembub...

    ReplyDelete
  4. salam..semoga cepat baik ye adik..buat keluarga, semoga dpermudahkan segala urusan,,

    ReplyDelete
  5. suction tu hak yag masuk tiup tu ke papa izz?
    aisyah anak saya penah kena juga masa pneumonia dulu
    tak selesa benda tu, tu dia menangis
    kesian dia. bertahan ye sayang

    ReplyDelete
  6. @ArY ShA=AmZaRFaYyAdH
    Aaminnnn.. mudah2an dimakbulkan doa puan. Inshaa Allah

    ReplyDelete
  7. @Yana Yani
    Suction tu kadang2 sampai keluar darah tu. memang banyak disedutnya, tapirasanya sakit kot? sebabnya kita yang tengok pun rasa macam sakit.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my