Post Top Ad

USAHA DEMI USAHA DILAKUKAN | YAKINLAH PADA-NYA

Setiap minggu adik Izz akan diuji Off Nutrisi Parenteral selama 2 hari. 
Tujuannya adalah untuk membolehkan adik Izz dapat pulang ke rumah. 
Namun usaha demi usaha yang dilakukan setakat ini 
masih menemui kegagalan. Sebab ape? 
Sebabnya adik Izz mesti akan HYPO bila dia di OFFkan Nutrisi. 

Alhamdulillah, dia tetap ceria walaupon tahap gulanya 2.10
Nutrisi Parenteral yang diberi ditingkatkan dari hari ke hari 
bergantung kepada keputusan ujian darahnya. 
Sebelum ini running Nutrisi Parenteral untuk 12 jam sehari, 
then up lagi to 16 jam sehari 
dan terbaru minggu ini up lagi to 20 jam sehari. 
Adik tidak mampu reserved gula yang diberi setakat ini. 

Baru-baru ini, 
tak sampai 8 jam OFF Nutrisi Parenteral, dia sudah alami HYPO. 
Bila HYPO, doktor akan drip adik Izz dengan HSD10.
Takpelah adik Izz, kita sama-sama bersabar ye.
Para doktor dan jururawat pon sedang usahakan
yang terbaik buatmu adik Izz. 

Hanya mampu habiskan masanya dalam baby cot, 20 jam TPN then plus lagi dgn drip HSD10. Memang tak kemana2lah dia.
Inshaa Allah, 
mungkin belum masanya lagi untuk adik Izz boleh balik. 
Tapi percayalah anakku yang bahawa 
papa Izz, mama Izz, along Izz, angah Izz serta 
seluruh kaum keluarga dan rakan-rakan 
sentiasa tabah menanti kesembuhan adik Izz.  


Nutrisi Parenteral = TPN, kurang gula dalam darah = HYPO

#DAY O3 YEAR O2



2 comments:

  1. kesiannya dia
    hari-hari kena jarum, mesti dah lali
    atau mungkin seriau macam saya
    saya sejak usia enam tahun asyik nampak jarum
    sampai satu peringkat, dah tak rasa sakit

    apapun acik yana doakan dari jauh moga segera sembuh
    boleh kembali bermain dengan along dan angah
    papa dan mama pasti insan paling gembira =)

    ReplyDelete
  2. @Yana YaniAaminn Inshaa Allah mudah2an dimakbulkan doa rakan2 semua.. Selang 2 jam adik Izz akan dicucuk tumit untuk ujian darah. Dah lali punya pasal, nurse datang je terus adik Izz sua kaki dia. emmm, kesian jugak. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang!

    Thanx acik yana

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!