TAMAN PERSAHABATAN CHINA MALAYSIA PUTRAJAYA

Aku tau pasal taman ni pun sebab ade terbaca dalam post FB Perbadanan Putrajaya. Puas gak mikir kat mane entah taman nih. Macam tak pernah dengar pon, macam tak pernah nampak pulak papan tanda taman ini. Sebenarnya saja je petang2 aku bawak along Izz dan angah Izz nak gi taman. Pastu bila lalu kat tapak Floria 2014 tu, ternampak banyak kereta park kat area situ. 

Aku pun try le singgah jap nak tengok ape ade di situ. Ape yang aku nampak cuma ade banyak wall grafitti je area situ. Park ke dalam sikit, nampak le ade sebuah taman ala-ala macam tokong cina pulak. Oh, sini ke tamannya cam yang FB Perbadanan Putrajaya tu gitau!. Teruslah bawak along Izz dan angah Izz masuk2 tinjau2 kat dalam.

Putrajaya
Pintu masuk, dah nama pon China. Mestilah kene gaya kongfu kan?

Cantik gak tempat ni, ala2 macam nak masuk emperor house gitu. Kalau photoshoot, memang menarik. Masa aku datang tu, memang ade pengantin baru tgh shot! Kat dalam ade pool and cantik sangat taman2 dia. Mama Izz xdak, so along Izz n angah Izz je lah ber'moment'.

Taman Persahabatan
Macam tempat emperor kan? takde pulak diorang buka booth pakaian cina situ.

Floria
Lupa sat depa kat mama Izz ngan adik Izz kat spital nun!

China Malaysia
Ada ikan dalam kolam tu!. sua2 kaki jugaklah depa dalam tu.

Tempat sunyi je, tenang rasa dalam tu! Suara along Izz dan angah Izz je yang memecah suasana. emmm! Hiyaaah! Hiyaaah! Hiyaaaah! tak sudah-sudah. Depa asyik nak berkungfu je dalam tu!

Kungfu
See? Along Sai Yuk dengan Angah Fei Hong. 

Tak lama pon aku datang sini sbb fokus utama nak bawak anak-anak pi playground! Next time nak bawak mama Izz pulak datang sini. Nak selfie mcm couple. Kahkahkah!

Taman persahabatan
Scenery cun je! Nak bagi anak2 duk atas batu, takut depa jatuh lak!


Taman Beijing
Nih yang paling kuat berkungfunya!. along Izz tu lauk dia je.

Aku rasa kalau korang nk bergambar kat sini, memang cun! Tepi bawah jambatan je tempat ni. Ala, kat tapak Floria 2014 tu!. Ah, korang carilah sendiri. GPS ade, WAZE ade! Good Luck!



2 comments:

  1. tapak ni kekal ada ke?
    insya ALLAH kalau ke putrajaya boleh singgah sini
    lama juga tak ke putrajaya

    ReplyDelete
  2. @Yana Yani Rasanya ini tapak kekal. Sebabnya dah ade building bagai situ. Ramai jugak org datang ntuk outdoor shot kat situ!.. Mungkin sebelum ni ramai yang tak tau tempat ni.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my