SETAHUN SUDAH BERLALU

Bukan setahun umur adik Izz tetapi 
sudah setahun KINI adik Izz sejak 
didiagnos SHORT BOWEL SYNDROME (SBS). 
Banyak cerita sebenarnya kalau ingin di flashback. 
So, we just move on and buka chapter baru ye! 
Bila difikirkan kembali, sekejap saja masa satu tahun tu berlalu, kan? 
Mungkin ada masanya terasa lama masa itu berjalan, 
but mostly masa itu sangatlah pantas berlalu. 

adik Izz kini dalam proses ujikaji OFF-Nutrisi Parenteral TPN
Setahun dahulu adik Izz dimasukkan ke Wad Pediatrik Hospital Putrajaya, 
KINI adik Izz masih lagi di wad. 
Bezanya KINI adik Izz ditempatkan 
di Wad KK4 Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. 
Menghabiskan masanya di wad bukanlah semudah disangka. 
Mujurlah belum sampai ke tahap mama Izz terpaksa berhenti kerja. Banyak perkara yang perlu dikorbankan sebenarnya. 

CVL-Catheter di dada kiri adik daripada Pembedahan Sesi ke-11 yang lepas
| kebanyakkan masa mama Izz dihabiskan di Wad dan Pejabat
| Mama Izz lupa dah apa itu rumah
| Along Izz dan Angah Izz akan kurang masanya bersama mama Izz
| Atok Izz dan Opah Izz tinggalkan kampung halaman
| Atok Izz terpaksa tinggal berseorangan di rumah 
| Opah Izz siangnya habiskan masa jaga adik Izz di wad
| Perjalanan ulang alik sedikit bertambah jauhnya
| Family makan malam tanpa mama Izz dan adik Izz
| Mama Izz makan malam bertemankan adik Izz
| Mama Izz berkorban pulang sekali seminggu (Ahad)
| Opah Izz berkorban bermalam di wad semata2 beri peluang kepada mama Izz pulang dan bermesra bersama2 along Izz, angah Izz dan papa Izz
| Along Izz dan angah Izz bila cuti sekolah berjalan/ bersantai tanpa mama Izz
| Etc/ lain-lain

Banyak sebenarnya yang perlu dikorbankan demi kesembuhan adik Izz.
Semoga Tuhan permudahkan segala urusan kami 
dan menyembuhkan adik Izz.
Semoga kami juga sentiasa sabar/ tabah menghadapi dugaan ini.
Alhamdulillah, kami mendapat sokongan daripada ahli keluarga, 
sanak saudara, rakan-rakan (kenal / tidak), para doktor jururawat 
dan mereka semua selalu mendoakan kesejahteraan adik Izz.
Semoga segala jasa baik semua 
Tuhan balas dengan rahmatNya yang melimpah ruah.

Inshaa Allah kami akan sentiasa kuatkan diri ini
selagi kami mampu dan nyawa dikandung badan.




3 comments:

  1. kenapalah air mata seorang mama ni rasa nak menangis
    berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
    moga keluarga ni terus diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ni

    cepat sembuh ye izz sayang
    salam peluk cium dari acik yana yang jauh

    ReplyDelete
  2. @Yana Yani Inshaa Allah acik Yana... terima kasih bersama2 mendoakan kesembuhan adik Izz. Besar harapan kami melihat dia sembuh.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my