Post Top Ad

PROGRAM ORIENTASI SK SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH

Baru-baru ini ada 
Program Orientasi Murid Tahun Satu Sesi Persekolahan 2015 untuk along Izz. 
Aku memilih SK Sultan Hisamuddin Alam Shah 
kerana lokasinya berdekatan dengan pejabat aku. 
Lagi pula, sekolah ini ada sekali 
dengan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain pada sesi petangnya. 
Seramai 135 pelajar darjah satu yang daftar masuk sekolah ini.

Terpaksa tunggu turn dengan parents yang lain kalau nak snap pic kat sini.
Kebanyakan parents yang hantar anak ke sini 
adalah yang bekerja di KL dan tinggal di luar kawasan KL. 
So, ia sangat memudahkan kerana paginya bersekolah harian 
dan petangnya bersekolah agama pula. 

Seminggu awal sediakan semua dokumen ini. Mama Izz yang sediakan

Pada hari Orientasi ini, 
aku pergi berdua je dengan along Izz 
kerana opah Izz dan atok Izz balik kampung. 
Mama Izz pula macam biasalah rutin wadnya dengan adik Izz. 
Angah Izz pula mujurlah dia tak mahu ikut sekali, 
sebabnya Program Orientasi ini sehingga jam 12:00pm. 

Alhamdulillah, dia cepat biasakan diri.

Awal-awal pagi lagi along Izz asyik, 
"papa, bila along nak pergi sekolah baru?". 
Dia teruja agaknya kerana seminggu sebelumnya 
aku dah bawa dia beli barang kelengkapan persekolahan. 
Belikan dia baju sukan putih, seluar sukan, set alat tulis dan warna. 

Program Orientasi ini lebih kepada pengenalan 
kepada parents tentang sekolah, 
keperluan barang-barang untuk persekolahan anak, 
yuran yang perlu dibayar serta asas yang lain. 

Selepas sesi exam, semua pelajar panggil dia Along. Ramai xtau nama sebenar along nanti.

Untuk anak-anak pula, ada exam untuk tentukan kelas mereka. 
Haaa baru je tamat exam Tabika KEMAS, sudah kena exam lain pula. 
Sepanjang Orientasi itu, 
along Izz dan pelajar lain dibahagikan mengikut kelas sementara 
dan mereka akan mengikut guru kelas sementara masing-masing ke bilik darjah. 
Disitu peperiksaan akan dijalankan 
dan untuk parents pula, 
dengarlah ceramah pengenalan daripada Pengetua Sekolah. 

Hari Orientasi dah nak kene bayar ni. Mujur bawak duit.

Selesai peperiksaan, para pelajar akan dibawa jelajah sekolah 
seperti dimana tandas, dimana bilik mandi, 
dimana bilik persalinan, dimana bilik guru, 
dimana dewan makan, dimana padang sukan dan sebagainya. 

Waktu persekolahan disini ialah 
ISNIN - RABU 7:35am - 1:05pm, 
KHAMIS 7:35am - 1:35pm dan 
JUMAAT 7:35am - 12:05pm. 

Manakala untuk Kelas Agama pula adalah 
ISNIN - KHAMIS 2:15pm - 4:45pm. 
JUMAAT tiada kelas agama. 

Nih yuran untuk KAFA pula. Bayaran untuk setahun.

Untuk kelas agama pula, tiada berbaju melayu bersampin bagai. 
Hanya berbaju kemeja biru berlengan pendek (baju pengawas) 
dan bersongkok sahaja. Menurut guru KAFA, 
ia bertujuan untuk memudahkan para pelajar menyalin pakaian 
pada waktu tamat persekolahan sesi pagi. 
Setiap ISNIN pula ada perhimpunan pagi 
dan pelajar diwajibkan bertali leher. 

Sesi persekolahan baru akan bermula pada 5 JANUARI 2015 depan 
dan sepanjang seminggu pelajar tidak perlu bawa beg ke sekolah. 
Parents kenalah bawa beg besar kerana pada sesi buka sekolah ini, 
semua barang-barang keperluan pelajar akan diberikan 
termasuklah buku-buku teks dan sebagainya. 

Pelajar je nyanyi lagu ni. Along xtau pulak bila disuruh nyanyikan semula di rumah

Ada sebulan lebih lagi tempoh 
untuk sediakan kelengkapan persekolahan along Izz yang lain 
seperti baju sekolah (putih), baju sekolah (biru), seluar sekolah, 
kasut sekolah, beg sekolah, stokin sekolah, 
bekas makanan dannnnnnnnnnn macam-macam lagi. 

Mana satu along Izz punya dan mana satu angah Izz punya?

Mama Izz akan uruskan list untuk semua keperluan itu. 
Aku follow je nanti apa dalam list mama Izz nanti. 
Sebabnya, mama Izz excited 3 kali ganda daripada along Izz.



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!