WALL CLIMBING DI TAMAN CABARAN PUTRAJAYA

Aku ni nama je duduk Putrajaya, tapi xpernah pon datang sini. Asyik-asyik pi jambatan, pi dataran, pi taman, pi mandi kolam. Naik muak dah tetiap minggu bawak anak-anak gi situ. Dan beberapa minggu lepas aku ada baca tentang Taman Cabaran ni bila member aku pergi situ @ SINI, tapi aku setakat baca-baca je lah. Then sorang lagi member pergi jugak lagi @ SINI, emmmm.... Teringin pulak rasanya nak cuba bawa anak2 ke sana.

Takdelah jauh sangat pon tempat nih dari umah. Sampai je kat simpang PICC dari jambatan tu, make left dah ade signboard Taman Cabaran. Follow je lah. Siap lalu Tanah Perkuburan lagi. Haha, ingatkan dah wrong way! Sampai je sana, tak sempat cakap ape-ape dah pak guard suh naik ke atas. Macam tau2 je memang nk bagi anak-anak memanjat.

Pose dulu k kat entrance sebelum masuk. Si along Izz dah tak sabar2 tu!

Takdelah besar sangat tempat khas kanak-kanak ni, kira oklah kan sebab FREE. Along Izz dan Angah Izz masuk2 je terus memanjat. Dah takde nak warmup2 bagai. Gasaklah, buatlah macam rumah sendiri.


Masa aku sampai tu, nih je bebudak yang ade. So, bolehlah along Izz dan angah Izz cuba semua wall. Yang aku nampak le ade 5 wall berlainan kaler di situ. Blue-Wall, Orange-Wall, Purple-Wall, Silver-Wall dan Green-Wall.

Sampai je, berdesup terus memanjat. Giler r diorang nih!

Aku target angah Izz yg akan tawan Green-Wall, sebab dia paling hero and berani, tapi sangkaan meleset pabila along Izz yang berkali-kali mencuba tanpa putus asa, along Izz yang sukses tawan Green-Wall tu. Hahaha

Cubaan pertama menggelongsor along Izz ke bawah. Kahkahkah
Kali ke-2 dah ade improvement. dapatlah half way then meluncur lagi ke bawah.
Akhirnya.. berjaya jugak dia. Nice try.

Bila along Izz dah takluk Green-Wall tu, memang itu je lah yang ulang2kan. Blue-Wall dia dah xheran, sebab tu standard angah Izz aje katanya. Hahaha.

Purple-Wall dengan Silver-Wall tu memang makanan along Izz lah.

Yang angah Izz pula? tak habes2 dengan Blue-Wall dia.

Naik turun, naik turun, naik turun, itu je lah!.. 

Dalam banyak2 Wall, Orange-Wall takdak sapa pon nak try. Tapi jangan sangka angah Izz ni nak kalah dengan along Izz. Dialah orangnya yang mencoba Orange-Wall berkali2 tau.

Tersembam2 nak menakluk this wall. Mujur tilam bawah tu, kalau x, flat hidung!

Walaupon tiada penyudahnya, namun credit untuk angah Izz kerana berani mencuba Wall paling susah ni. Menarik tempat ni. Anak-anak pon seronok je. Punyalah susah aku nak ajak diorang balik. Mungkin diorang excited sebabnya ini pertama kali diorang mencuba aktiviti ini. Next time aku nak bawak lagi diorang ke sini. Maybe every Saturday Morning? or evening?

Untuk lebih lanjut, boleh refer SINI sebab dia siap bagi detail.
Thank you Redscarz and Marqis sebab bagitau tempat ni.

2 comments:

  1. seronok nampaknya si along dan angah tu
    kalau benda ni boleh bawa diorang "lari" sekejab
    tak ada salahnya bawa selalu =)

    ReplyDelete
  2. @Yana Yani itulah, susah nak ajak diorang balik.. lagipon along Izz tu memang doktor suruh outdoor supaya dia dapat bersenam kuarkan peluh. maklumlah. dah tahap obesiti si along Izz tu. kahkahkah

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my