KARNIVAL UPIN & IPIN 2014 | INILAH KEGEMBIRAAN

Karnival Upin & Ipin 2014 bertemakan 'Inilah Kegembiraan'

Sejak ternampak iklan ni di sekitar Putrajaya, aku dah semat dalam minda ni yang karnival ni misi wajib pergi. Mana tak nya, hari-hari dalam hidup nih asyik Upin-Ipin aje! Along Izz dan Angah Izz memang peminat tegar dah. Yang si adik Izz tu pulak kalau pasang Upin-Ipin episod 'Boria Suka-Suka' tu, memang berjoget-jogetlah dia! 

Kat Astro Box tu ha, semua citer Upin-Ipin ni direkodkan. Aku tak nafikan yang ceritanya memang menarik. Ada pengajaran dan melucukan. Watak paling aku gemari tak lain tak bukan adalah Mail. Suka dengan business-minded dia. So, aku harap aku dapat ber'selfie' dengan si Mail nih nanti. 

Dah macam aku pulak lebih minat daripada along Izz, angah Izz dan adik Izz. Kalau nak tau, masanya dah nak hampir dah ni. Tak sabar-sabar dah ni. Lagipon tak jauh dari rumah aku kat Presint 9 tu. Meh aku share sikit butiran tentang event marvellous ni :


Karnival Upin & Ipin 2014

Tarikh : 21, 22, 23 November 2014

Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA


Info lanjut boleh layari BLOG UPINDANIPIN

Restoran Upin & Ipin Seksyen 7 Shah Alam
Diorang pernah ke cafe Upin Ipin, tapi tak pernah jumpa maskot directly. 

Upin & Ipin di Seksyen 7 Shah Alam
Along Izz paling hantu dengan Upin Ipin. Karakter pon dan macam diorang! Hahaha

Supaya TAK LUPA, aku letak dalam blog. Wakaka! Dan aku rasa, mama Izz yang lebih excited sebab dia sukakan ULTRAMAN! 


6 comments:

  1. ni yang anak saya dok beria kata tu
    dia kata mama ada ultraman datang
    saya tak berapa nak paham
    rupanya benda ni

    terima kasih tuk perkongsian ni ye

    ReplyDelete
  2. @Yana Yani Heheh! Saya pon hari tu anak2 ade tunjuk banner iklan event ni! Diorang awal2 dah ajak. Sure anak2 mesti happy datang sini...

    Terima Kasih!

    ReplyDelete
  3. Mama pun t ksabar dah nak pi karnival tu. My boys mmg minat sgt upin & ipin & ultraman

    ReplyDelete
  4. @Mama Kembar 3 Itulah.. mereka mmg akan happy sakan lah bila dapat gi.. spare jelah bajet barangan diorang. kahkahkah

    ReplyDelete
  5. tu muka along ke angah..pic kedua?

    ReplyDelete
  6. @MUMMYIZZ @4 Hero Izz baju hijau tu along lah mummy.. baju putih tu baru angah.. lain, kan?

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my