GEMBIRANYA KELAHIRAN CAHAYA MATA PERTAMA

Dilahirkan awal 3 minggu dari 'due' yang diberikan doktor, pengalaman kali pertama ini tidak dapat dapat dilupakan. Betapa gembiranya kami apabila pelengkap dalam perkahwinan kami akhirnya muncul. Bukanlah terlalu lama menanti, tetapi almaklumlah anak pertama, kan? Mestilah 'excited' menantinya. Tak sabar nak jadi papa dan mama. Macam tidak percaya yang kami sudah ingin mendapat anak. Rezeki Ilahi. Terima dengan kegembiraan yang teramat.

Alhamdulillah, dialah pelengkap kami 2008

Sehari sebelumnya, mama Izz telah mengalami tanda-tanda yang baby akan keluar. Namun bila pergi ke Klinik Kesihatan Tanglin pada paginya, bukaan hanyalah 2 cm dan kontraksi pula tidak kerap. So, doktor cuma menasihati agar mama Izz pulang sahaja. Sekiranya berulang lagi tanda-tanda kontraksi dan kerap, bolehlah terus ke hospital. Tapi mama Izz tidak terus pulang ke rumah sebaliknya pergi ke pejabat untuk bekerja. Petangnya bila pulang dari pejabat, kekerapan kontraksi semakin menjadi-jadi dan aku terus bawa mama Izz ke Hospital Sungai Buloh. 

Sapalah hadiahkan baju baby girl ni? Tak ingat pulak.

Di sana bila dibuat pemeriksaan, bukaan juga masih 2 cm tetapi doktor menjangkakan yang mama Izz akan bersalin pada tengah malam hari berkenaan. Kelengkapan semua telah disediakan di dalam kereta. Sejak dari usia kandungan 7 bulan lagi aku dan mama Izz telah lengkapkan semua persiapan untuk bayi. Maklumlah, inikan anak pertama. 

Along Izz tahun 2009


Selepas 5 jam mama Izz dalam dewan bersalin, bukaan hanya meningkat kepada 3 cm. Selang beberapa jam kemudian 4 cm. Betapa lama rasanya. Sudah tengah malam pun tetapi mama Izz masih belum bersalin. Kejap-kejap papa Izz bertanya di kaunter, "isteri saya dah bersalin ke?", "isteri saya dah beranak?", "macam mana dengan isteri saya?". Nak harapkan mama Izz sms keadaannya, memang payah. Mungkin sedang menahan sakit. 

Along Izz tahun 2010


Mungkin sebab lama sangat untuk mama Izz bersalin, doktor cuma beritahu aku "encik bolehlah balik ke rumah dahulu, mungkin isteri encik akan bersalin pagi esok. Nanti kalau isteri encik bersalin, pihak kami akan menghubungi encik". Aku cuma, "takpelah doktor, saya tunggu sahaja disini. Lagipun kalau saya balik, nanti kalau berlaku apa-apa ambik masa saya nak datang". 

Malam tu aku mundar-mandir dalam dewan bersalin tu menanti mama Izz bersalin. Sekejap baring atas kerusi, sekejap duduk bersandar di dinding. Ulang alik ke mesin layan diri tu tak tahu le dah berapa kali. Minum milo panas, minum nescafe panas, minum tongkat ali panas. Semua jenis air minuman di mesin layan diri tu aku minum. 

Hati pula tidak tenang waktu tu. Yang mama Izz pulak takde nak update apa-apa perkembangan. Mak aku, mertua lagi, sedara-mara pula tak henti-henti telefon tanya. Ye lah, diorang jauh. Mak aku kat Pahang, mertua pulak kat Perak. Bila dah confirm mama Izz bersalin, barulah diorang datang! Lupa pula, polisi Hospital Sungai Buloh masa tu tak benarkan suami masuk untuk menemani isteri bersalin. 

Along Izz tahun 2011


Sepanjang malam aku di sana. Rasanya last aku tanya jururawat isteri saya dah bersalin atau belum adalah pada jam 6.00 pagi. Waktu tu pun mama Izz masih belum bersalin. Akhirnya aku pergi ke kereta dan tewas jua apabila aku tertidur dalam kereta. Aku cuma sedar apabila aku dapat panggilan daripada jururawat yang menyatakan mama Izz sudah bersalin. 

Jam waktu itu 7.30 pagi. Aduhai, macam mana boleh tertidur niTerus aku ke dewan bersalin dan bertanya di kaunter bagaimana dengan keadaan mama Izz. Jururawat cuma cakap, "TAHNIAH encik, isteri encik sudah selamat bersalin". Terus aku masuk ke dalam untuk melihat keadaan mama Izz dan bayi. 

Along Izz tahun 2012


Waktu itu bila aku lihat je wajah mama Izz dan bayi, segala kepenatan kerisauan kelesuan aku hilang. Menitis air mata kesyukuran apabila mereka berdua selamat. Alhamdulillah.

Along Izz tahun 2013


Wajah mama Izz ketara nampak kepenatan dan sakit, tetapi mama Izz masih senyum tanda lega dan syukur. Aku azankan bayi kami dan terus beritahu semua kaum keluarga serta rakan-rakan. Pengalaman ini amat bermakna, kegembiraan ini tak dapat aku gambarkan. 15 jam aku tunggu kelahiran putera pertama kami ini. TERIMA KASIH MAMA IZZ. 

Dan kini along Izz sudah berusia 6 tahun.

Along Izz kini tahun 2014

Nama : MUHAMMAD IZZDANISH FARISH
(Kekuatan Ilmu Pengetahuan Orang Alim yang Terpuji)
Tarikh Lahir : 14 NOVEMBER 2008
Tempat Lahir : HOSPITAL SUNGAI BULOH
Hari Lahir : JUMAAT
Waktu Lahir : 7.27 PAGI
Berat : 2.37 KG

SELAMAT HARI LAHIR ALONG. 


8 comments:

  1. apasal air mata menitik ni.. haishhh..
    selamat hari jadi along mok...hehe
    semoga jadi anak yg soleh n comelsentiasa...
    lahir kecik je 2.37kg..skrg wuiii omel sgt..

    ReplyDelete
  2. @mummyizz
    Mummy sakit mata ke kuar air mata tu? hehehe.. Itulah, sekarang haaa obesiti terus!.. Apepun. TQ mummy!

    ReplyDelete
  3. janji sihat udahler yer along...takleh lupa pic along makan apam balik...along...along...

    ReplyDelete
  4. anak sulung kita sebayalah! anak saya afif pun lahir pada bulan nov 2008
    cuma dia lahir lewat sikit dari izzdanish
    dia bakal sambut birthday 22/11 ni nanti
    happy belated birthday along izz! =)

    saya dulu pun bersalin anak sulung ambil masa lama
    orang kata anak sulung memang begitu
    macam saya, siap kena induce lagi =)
    apapun moga membesar jadi anak yang soleh ye
    jangan lupa pengorbanan mummy and daddy

    ReplyDelete
  5. @Yana Yani terima kasih. happy birthday buat anak acik yana. Pengalaman pertama yang amat bermakna

    ReplyDelete
  6. selamat hari ulang tahun along..beza sehari je dengan auntie tau..

    ReplyDelete
  7. @Mar Mansor owh, iya ka? moga along sentiasa sihat macam aunty mar

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my