Post Top Ad

DIA SIHAT-SIHAT SAHAJA CUMA..........

Hari-hari ramai yang akan bertanya 
berkenaan keadaan kesihatan adik Izz 
samada apabila berselisih di pejabat, 
melalui facebook, sms, whatsapp dan pelbagai lagi. 
"camne dengan adik?", "dah keluar wad belum?", 
"ada apa-apa perkembangan tentang adik?", "adik sihat?". 

Melawak dah pandai, main-mainkan orang lain pon sudah pandai.

Alhamdulillah kerana mereka prihatin akan adik Izz. 
TERIMA KASIH.
Buat masa sekarang setakat hari ini dan jam ini, adik Izz sihat sahaja. 
Belum ada apa-apa perkhabaran terbaru 
ataupun perancangan terbaru dari pihak pakar. 

Everything is a fun for him.

Adik Izz masih terus menerima Nutrisi Parenteral (TPN) 
melalui Infusion Pump selama 16 jam sehari setiap hari. 
Nutrisinya masih lagi disekalikan bersama-sama dengan Lipid
Bezanya setiap hari cumalah jumlah isipadu pemberian Nutrisi Parenteral (TPN)
Itupun bergantung kepada ujian darah dan berat adik Izz 
yang diambil setiap minggu. 
Adik Izz aktif seperti kanak-kanak yang lain, 
cuma memerlukan perhatian yang lebih 
takut-takut dia akan menarik tubing di dadanya itu. 

Beberapa hari ini nampak jugalah adik Izz menggaru-garu 
dibahagian CVL Catheters dia tu. Mungkin rimas agaknya 
bertampal-tampal dengan plaster Hypafix tu. 
Doktor ada juga sarankan supaya CVL Catheters / tubing adik Izz itu 
cuma ditampalkan dengan Tegaderm Pad
but adik Izz allergic dengan pad berkenaan. 

Belum ada ura-ura bilakah adik Izz boleh pulang ke rumah. Hopefully its near!

Dengar-dengarnya juga Dato' hendak kurangkan jam 
pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) kepada 12 jam sehari. 
Kalau benar, Alhamdulillah. 
Apa-apapun kena tunggu Dato' balik dululah 
sebabnya Dato' tiada 2 minggu ini. 

Seminggu sekurang-kurangnya sekali along Izz dan angah Izz akan melawat adik Izz. Hilangkan kerinduan

Sekarang kena fikir bagaimana ingin beri adik Izz 
makan dan minum susu dengan banyak
Walaupun kadar serapan adik Izz cumalah 40%, 
kekerapan beri makan dan susu melalui mulut secara kerap 
boleh mengurangkan kecepatan turunnya 
kadar gula dalam darahnya (Hypo). 
Untuk makluman adik Izz sudah tukar susu 
Pediasure Vanilla kepada Pediasure Chocolate 
kerana apabila adik Izz diberi Milo
dia nampak lebih berminat berbanding dengan beri susu putih.



SAMA-SAMALAH KITA MENDOAKAN ADIK IZZ!


Year 02 Day 19


7 comments:

  1. adik izz tetap comel dan chubby..nampak macam sihat je..tapi dalam masa yang sama saya terssentuh menlihatnya

    ReplyDelete
  2. @Mar Mansor Pepatah orang putih ada mengatakan "Not every DIASABILITY is VISIBLE"

    ReplyDelete
  3. Moga Adik Izz yang comel ni dapat cepat pulang ke rumah. Alahai... tak sangka si comel yang nampak chubby ni sedang menanggung sakit rupanya!

    ReplyDelete
  4. @Mummydearie Inshaa Allah. Memang kami berharap sangat adik Izz dapat balik dan boleh mulakan 'programme home tpn' di rumah sahaja.

    ReplyDelete
  5. ai follow kisah anak yu ni. tapi tak sanggup tgok. alahai sedihnya. macam mana la budak kecik gini tanggung sakit. besarnya dugaan ALLAH bagi dia. semoga adik Izz cepat2 boleh keluar hospital aminnnn......

    ReplyDelete
  6. @::EIDA:: Thanks ida. I selalu follow jurnal you pasal cuti2, tapi i simpan dalam hati dulu. bila adik Izz sembuh, i nak follow step by step jurnal you itu. Hahaha

    Terima Kasih kerana sudi membaca kisah adik Izz

    ReplyDelete
  7. so happy tgk gambar 3 beradik...
    moga 3 beradik dpt main basikal bersama kelak in shaa Allah...

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!