BERBALOI PERGI KARNIVAL UPIN IPIN 2014

Semalam aku bawa along Izz dan angah Izz ke Karnival Upin Ipin di PICC. Memang dah niat sebelum ini hendak bawa mereka ke sana. Awal-awal pagi lagi along Izz dan angah Izz sudah bertanya, "Papa, bila nak tengok Upin Ipin?". Aku memilih 'bas percuma' yang disediakan untuk ke PICC. Bukan apa, apabila tengok update status rakan-rakan yang ke sana, semuanya bagaikan menyumpah je yang teruk jem nak ke sana. 

Lebih mudah menggunakan pengangkutan awam
Untuk event2 besar, guna pengangkutan awam lebih mudah!

Masih menunggu bas tiba untuk ke PICC
Teruja bebenar diorang dapat naik bas. 

Jam 9:00 am lagi aku sudah siapkan along Izz dan angah Izz. Siapkan segala kelengkapan mereka dan terus bertolak ke Putrajaya Sentral. Along Izz dan angah Izz agak teruja bila tahu yang mereka akan menaiki bas. Maklumlah, sepanjang umur mereka tak habis lah jari kanan jika dihitung berapa kali mereka menaiki bas. 

Dewan A PICC Putrajaya
Malu-malu, segan-segan katanya. Sepanjang persembahan asyik tanya ultraman mana.

Sebenarnya lebih mudah menaiki bas kerana bas terus berhenti di hadapan PICC. Cuma perlu menapak dan mendakilah sedikit. Sampai di PICC, terus aku bawa anak-anak menuju ke Dewan Perdana kerana disitulah pementasan Upin dan Ipin dipersembahkan. Jam 10:00am, orang sudah memenuhi dewan? Berebut-rebut nak masuk ke dalam. 

Putrajaya International Convention Centre
Sesekali selfie apa salahnya, kan?

Dewan A PICC
angah Izz memang suke kalau bgambar! 

Aduhai! Berhimpit-himpit kami untuk masuk. Along Izz dan angah Izz tak habis-habis "Papa nak tengok. along tak nampak". "Papa nak tengok, angah tak nampak". Terpaksalah sorang-sorang aku letak atas bahu supaya mereka dapat melihat Upin dan Ipin serta rakan-rakannya. Lenguh bahu aku. Parent yang lain juga sama berbuat demikian demi anak-anak mereka. 

Perkarangan PICC
See? ni baru jam 10 pagi, dah penuh semacam. 

Event begini memang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi. Sedikit demi sedikit aku serta anak-anak menyusur, menyelit, mencelah, melangkah, siap tersadung lagi terlanggar orang ramai yang duduk. Namun, aku dan anak-anak tetap gagahi jua. Akhirnya, sampai juga kami ke depan berjarak lebih kurang 10 kaki dari stage. 

Boria Suka Suka Ipin & Ipin
Upin Ipin and Geng sebelum persembahan Boria Suka Suka.

Karnival Upin & Ipin 2014
angah Izz boleh follow lagi Boria ni awal sampai habis. along Izz masih tanya psl ultraman

Alhamdulillah, dapat juga port terbaik! Dapat duduk bersila lagi kami anak-beranak. Bila sudah dapat duduk, memang 'paku'kan terus bontot tu tak payah keluar-keluar dah. Rata-rata ramai yang datang tujuan utamanya adalah tarikan UTAMAnya iaitu ULTRAMAN. 

Bila dilihat pada jadual, show untuk ULTRAMAN adalah pada jam 1:00pm. Lama lagi nak menunggunya. Nasib baiklah masa itu berlalu agak pantas kerana sepanjang kami berada di dewan itu, kami disajikan dengan persembahan Upin Upin dan kawan-kawan, persembahan daripada Pada Zaman Dahulu, ada game show, tiru gaya watak, ada persembahan daripada lagu Upin dan Ipin seperti Boria Suka-Suka, Sahabat dan Terima Kasih Cikgu

Watak Ehsan dalam Upin & Ipin
Kalau aku, aku lebih sukakan watak ehsan. 

Jam sudah 12:30pm, kami disajikan pula dengan cerita Upin Ipin episod ULTRAMAN RIBUT. Finallypersembahan yang dinantikan tiba iaitu ULTRAMAN. Mereka buat show bagaikan kita sedang melihat di kaca tv je siap ada effect bagai. Memang bersorak semua bila dapat melihat Ultraman berlawan dengan raksasa. 

Ultraman di Karnival upin & Ipin
Akhirnya, Ultraman sudah muncul. 

Persembahan raksasa
Bersama 3 ekor raksasa. Raksasa akhir sekali paling best dan paling besar.

Ada 5 Ultraman dan 6 raksasa sepanjang show itu. Yang aku kenal cumalah Ultraman Dyna, Ultraman Giga, Ultraman Seven dan Ultraman Zero je. Lagi 1 Ultraman aku tidak kenal pun. Raksasa semua lagilah aku tidak kenal. Selesai show lebih kurang 30 minit, semuanya menunjukkan riak kepuasan. 

Karnival Upin & Ipin di PICC
Bila dah tengok Ultraman, mulalah terikut2 gaya nya.

Menaiki bas ke PICC
Sakit jugak kalau kene penumbuk tulang si angah Izz ni weh!

Kami pun keluar berserta dengan yang lain-lain. Perut pun lapar, mana taknya dari jam 10:00am terpacak kat dalam dewan tu sampai jam 1:30pm. Mungkin sebab along Izz dan angah Izz benar-benar terhibur, mereka sampaikan lupa nak mintak susu, air masak dan mereka takde langsung nak terberak ke, terkencing ke. Seronok sangat-sangat mereka sampaikan ke pagi ini pon masih bercerita tentang hal semalam. Show Ultraman itu aku rekodkan video dan malam tadi diorang asyik nak tengok video itu je. 

BILA ANAK-ANAK GEMBIRA, KITA PON TURUT GEMBIRA. Itu yang penting!


4 comments:

  1. Terbaek bro... demi kegembiraan ank2 apa salahnya kannn... berbaloi klau dpt tgk mcm ko... yg dok jauh2 n dpt tgk byg tu mmg menyumpah la kann...

    ReplyDelete
  2. @Lan Careno hahaha. kat laur dewan tu ada skrin besar tayangkan show ultraman tu. tapi ye lah kan dapat tengok live lebih best!.. kalaulah 3 jam letak along Izz atas bahu, mau bantut aku nanti.!.. kahkahkahkah. ko tak pergi ke marqis bw akiff?

    ReplyDelete
  3. Anak2 saya memang ada minta nak pergi. Jauh kot, saya dok penang, nak pi putrajaya tu fikir banyak kali. Hoho .. si baik derang tak simpan hasrat tu sbb lebih teruja nak bersunat .. hoho

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  4. @HASRUL HASSAN Rasanya Karnival Upin Ipin ni acara dwi-tahunan. Kalau bukan tahun ini, tahun2 lain masih boleh pergi. Itupun jika masih ada. Hahaha

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my