UJIKAJI SATU PEK | TPN PLUS LIPID

Selepas pembedahan Cvl-Catheter siri ke 11 tu, 
adik Izz dah tak perlukan 2 mesin untuk nutrisi tambahan dia. 
Sekarang guna 1 mesin je (Infusion Pump) 
sebabnya lipid yang sebelum ini diberi berasingan 
telah pon dicampurkan sekali dalam pek nutrisi tpn adik Izz.
Maknanya 1 pek ada semuanya sekaligus. 

Pek biru itulah nutrisi parenteral (TPN) adik Izz. Semuanya yg diperlukan oleh adik Izz ada dalam tu.
Mungkin apa yang Dato' utarakan sebelum ini 
tentang isu 'berat' pada tiub adik Izz dah jumpa jalan penyelesaiannya. 
Ye lah, adik Izz ade 1 tiub di dadanya. 
Apabila on mesin, berat tiub tu akan bertambah 
dengan pemasangan 3-Ways-Stopcock plus 
1 tubing untuk Lipid + filter lagi plus 
1 tubing Tpn dengan + filter.
Buat masa sekarang, Syringe Pump spare untuk bagi ubat.

Sebabnya doktor pon nak kurangkan risiko tercabut 
seperti pernah terjadi sebelum ini. 
Alhamdulillah takde ape2 masalah yang timbul setakat ini. 
Penerimaan adik Izz pon positif. 
Harapnya, ia berterusan sehingga adik Izz betul2 sembuh.

Hujung minggu ini, adik Izz akan teruskan dengan plan Dato' lagi
iaitu OFF Tpn untuk 2 malam. 
Last week punya eksperimen, adik Izz OK.
Hope, minggu ni SUKSES lagi lah.
Kalau berjaya, Inshaa Allah adik Izz boleh balik rumah
tetapi admit semula apabila nak ON Tpn.
Itu lebih baik daripada tak balik-balik, kan?

Mudah-mudahan! Aaminn!



Kini hari ke #347 adik Izz = SHORT BOWEL SYNDROME (SBS)



2 comments:

  1. wajah comel tu tetap ceria

    ReplyDelete
  2. @Mar Mansor Alhamdulillah.. kadang2 xtau pon yang adik Izz tu sedang sakit. Syukur walaupon dia sakit, tapi xnampak dari luarannya.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my