Post Top Ad

PELAN PERANCANGAN PAKAR | HENTI NUTRISI TAMBAHAN

Mengikut pelan awal Dato' Z, 
Dato' ingin hadkan penggunaan mesin TPN untuk adik Izz.
(4 hari on TPN, 3 hari off TPN) 
Buat masa sekarang, adik Izz menggunakan Infusion-Pump 
untuk nutrisi tambahan (TPN) selama 12 jam setiap hari 
dan gunakan Syringe-Pump untuk LIPID 
juga untuk tempoh masa yang sama. 

Plan untuk hadkan penggunaan mesin sudah di rancang September, 
tetapi atas sebab tak dapat dielakkan 
menghalang usaha berkenaan dijalankan. 
Alhamdulillah kelmarin pelan tersebut dapat dijalankan.

Syukur adik Izz masih ceria dan aktif walaupun tanpa bantuan nutrisi tambahannya.

Adik Izz akan dihentikan penggunaan mesin 
bermula Sabtu - Isnin dan akan dipantau keadaannya. 
Apa yang dikhuatiri adalah tanda-tanda Hypoglycemia 
(kekurangan gula di dalam darah) pada adik Izz. 
Hypo pada adik Izz perkara biasa since ususnya yang pendek 
hanya mampu menyerap 40% nutrisi daripada jumlah makanan/ minumannya.

Bagi mengelakkannya, 
adik Izz akan diberi makan dengan kerap,
minum susu dengan kerap, 
diberi air buah-buahan (anggur, laici), dan
kadang2 diberi minum glucose
dengan kadar kekerapan setiap 2 jam.

Semoga pelan yang telah dirancang berjalan lancar.
Sekiranya adik Izz positif, 
Inshaa Allah selepas ini adik Izz boleh pulang 
setiap Sabtu dan Ahad ke rumah
tetapi perlu admit semula ke wad untuk TPN di wad.
Mudah2an dipermudahkan segala-galanya.



#DAY345  
| masih lagi dalam pelan asal Dato' iaitu warded untuk 3 - 4 bulan |



2 comments:

  1. bertabahla. ALLAH uji sebab ALLAH sayang kita kannn ;))

    #semoga adik cepat sembuhh ;))

    ReplyDelete
  2. @::EIDA:: Terima kasih... Semoga semuanya selepas ini dipermudahkanNya..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!