Post Top Ad

BERTUAHNYA MEMILIKI MEREKA

Sejak adik Izz sakit nie, 
kami dah korbankan cuti-cuti umum yang utama 
antaranya cuti krismas, cuti raya cina, cuti raya puasa, cuti raya haji 
dan terkini bakal korbankan cuti raya india pulak. 
Korban yg aku maksudkan adalah tak balik kampung je pon. Huhuhu... 
Tapi, nih bukan cerita yg aku nk bagitau. 
Hahaha. Merepek!

Beraya di wad bukanlah perkara yang menyeronokkan. Tetapi bila bersama, kita dapat ubah suasana itu.
Aku rasa dalam bab berkorban ni, 
anak2 aku yg no1 dan no2 agak besar apa yang mereka korbankan. 
Dah nak setahun adik Izz sakit, 
means dah nak setahun jugak le along Izz dan angah Izz 
kekurangan mendapat perhatian mama Izz. 
Mana taknye, kebanyakkan masa mama Izz 
dihabiskan di pejabat dan wad sahaja. 
Adalah juga jumpa, bukan takdak langsung.
Itupon pagi2 Isnin - Jumaat sebab mama Izz kene 
siapkan along Izz dan angah Izz ntuk ke sekolah. 

Usianya 6 tahun, tetapi mampu berdikari dan kadang2 menenangkan adik2nya yang bersedih.
Tapi, Alhamdulillah mereka faham akan keadaan ini. 
Bila ditanya mana mama? Mama buat apa?
Mereka akan jawab "mama jaga adik kat hospital. Adik sakit perut". 
Terkadang kesianlah juga dgn diorang. 
Bukannya mama Izz tak sayang diorang, 
tetapi mama Izz lebih risaukan adik Izz kerana 
kesihatan adik Izz tak berapa menentu. 
Kadang2 balik jugalah mama Izz seminggu sekali, 
itupun bergantung kepada kesihatan Opah Izz 
untuk menjaga sementara adik Izz di hospital.

angah Izz masih kecil. Usianya 3 tahun, kadang2 tercari2 juga mamanya.
Setiap Ahad bawak jugalah along Izz dan angah Izz ke hospital.
Dapatlah mama Izz suapkan diorang, bercerita pasal diorang.
Aku cuma berharap adik Izz sembuh daripada penyakitnya
dan dapat pulang ke rumah. 
Berkumpul bersama-sama, makan sama-sama, sembang-sembang.
Inshaa Allah akan tiba masanya. Yakinlah padaNya. Aaminn!


Aku? Semua tu aku lakukan sebab memang tanggungjawab aku.


3 comments:

  1. semoga adik izz cepat sembuh..abg pandai berdikari..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sihat adik Izz

    hanya doa saya kirimkan disini

    sekiranya sempat tengoklah saya tag disini

    http://www.arzmoha.com/2014/09/liebster-award-tagged-by-famf-tower.html

    ReplyDelete
  3. moga along izz dan angah izz membesar dan menjadi anak-anak yg soleh :)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!