Post Top Ad

PEMBEDAHAN CVL BATAL KALI KE-3


Selepas 2 siri pembedahan CVL sebelum ini dibatalkan, 
jadual pembedahan CVL baru sepatutnya hari ini. 
Tapi masih lagi terpaksa dibatalkan kerana adik Izz masih lagi demam. 
Dah 3x pembedahan CVL adik Izz dibatalkan. 

Demam ini berpunca akibat jangkitan kuman dalam darah 
kesan dari Femoral-Line yang telah dicabut minggu lepas. 
Aduhai! Sebelum ni bagi antibiotik Vanco, tetapi adik izz allergic pulak. 
So, doktor tukar dengan antibiotik Genta, masih lagi ada jangkitan. 
Terbaru doktor tukar dengan new antibiotik, 
tengoklah bagaimana progress dalam tempoh 24 jam ini. 

Mendebarkan pabila semalam 2x adik izz diserang panas tetiba 
menyebabkan dia menggigil dan pucat kebiruan. 
Panik seketika mama! Perasaan mama ketika itu hanya Tuhan yang tahu. 
Aku berharap agar pembedahan CVL dapat dijalankan cepat 
kerana adik Izz kini telah 5 hari OFF Tpn (sumber nutrisi utama). 
Berhenti TPN bermakna adik Izz akan mengalami kekurangan zat nutrisi 
hariannya menyebabkan adik Izz turun berat badan dengan ketara. 
Makan dan menyusu secara oral, 
usus pendek adik Izz hanya mampu menyerap 40% sahaja zat nutrisi. 

Semoga Tuhan permudahkan segalanya buat adik Izz. 
Sekiranya tiada aral melintang dan adik Izz tidak demam, 
pembedahan CVL nya mungkin dijalankan pada Rabu ini. 

In Shaa Allah!



#Hari ke-331 HKL_SHORT_BOWEL_SYNDROME

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!