300 BUKAN HANYA ANGKA (SBS)

Ada apa pada angka?
Bertarung dgn kesembuhan bukan mudah,
Perlu kuat semangat diri, perlu kental menghadapi kesakitan,
Perlu lawan perasaan diri, perlu tabah menerima kemungkinan,
Perlu redha apa berlaku.. itu semua tak ramai yg mampu..

Tambahan pula fighter seorg yg masih kecil..

Di usia 1 tahun 5 bulan, mcm2 telah dia lalui..
Kini walau masih sakit, dia ttp berjaya harunginya..
Kami pula sbg parent kdg2 hampir tertewas..

Kini, sudah 300 hari adik melalui liku-liku

Sbg short bowel syndrome survivor.. 
Telah mengharungi 3x pembedahan major,
5x pembedahan CVL reinsertion dan 
1x pembedahan Chemoports, 
dia ttp tak tunjukkan tanda2 ingin mengalah..


Hari ini dia masih di wad, 
Masih ada lagi infection pada chest dia..
Doktor juga masih memikirkan cara menyembuhkannya.

Semoga Allah berikan kesembuhan kepada si kecil ini..

Lokasi : Wad KK4 Institut Pediatrik HKL



4 comments:

  1. semoga cepat sembuh utk si kecil ni & semoga Allah sentiasa melindunginya

    ReplyDelete
  2. Comelnyaa.. semoga cepat sembuh sayang comel.. :') *done follow

    ReplyDelete
  3. Semoga adik terus kuat dan sihat...

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my