Post Top Ad

PEMBEDAHAN SIRI 1 | EXPLORATORY LAPAROTOMY

Hari ketiga (03) adik Izz masih lagi di wad Intensive Care Unit (ICU) Hospital Putrajaya. Jangkitan virus yang pada mulanya disangkakan, sampai ke sudah masih tidak dapat dikenalpasti apakah virusnya. Akhirnya atas saranan pakar dari HKL, adik Izz jalani pembedahan (Exploratory Laparotomy). Waktu ini perut adik Izz mengembung, tidak buang air besar dan muntah (melalui tiub). Dengan keadaannya yang dengan alat bantuan pernafasan lagi. 

Melalui pembedahan, pakar bedah dapati usus adik Izz (usus kecil) telah pun terbelit lebih daripada 4 kali (twisted more than 4 times). Allahuakbar. Apa yang paling menyedihkan adalah kata-kata pakar, "anak tuan dan puan tiada harapan".  
Exploratory Laparotomy
Masih dalam keadaan tenat ketika ini.



2 comments:

  1. Tabahlah wahai papa izz.. sedih teramat tgok adik mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiks, mummy Izz tengok entri lama lah...

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!