Post Top Ad

Queen Control

 
Pernah dengar Queen Control.? 
mestilah pernah. 
Lagi² bila sudah meningkat dewasa samada bercinta atau berkahwin..:).
Jom selami dengan lebih mendalam lagi.:)(aku wat point je dah la..:)

Apa itu queen control.?
-Queen control atau terlalu mengongkong disifatkan sebagai sikap menyuruh atau memerintah seorang si isteri kepada suaminya dalam keadaan memaksa, tidak kira apa jua situasi.

Masih wujudkah queen control sekarang.?
-Ya, semestinya masih wujud dan kewujudan sikap queen control tidak mengira apa jua keadaan mahupun situasi. Ia wujud dalam semua era kehidupan manusia.

Jenis² queen control
-mutlak,
-pertengahan
-permulaan

Jenis mutlak - tingkahlaku isteri adalah terlalu bersikap mengawal suami 100 peratus hingga suami bagaikan haiwan peliharaan, terpaksa tunduk sahaja atas semua arahan dan kemahuan isteri

Jenis pertengahan - si isteri suka mengawal dan mengarah ikut emosi yang sedang dialaminya. Mereka ini adalah isteri yang bersikap berubah-ubah dan ikut mood tanpa menghiraukan perasaan yang dialami suami ketika itu.

Jenis permulaan - kebiasaannya terjadi selepas setahun mendirikan rumah tangga. Waktu itu, isteri mula melihat kelemahan suami serta mula tidak menyukai beberapa sifat pasangannya


Kenapa ini berlaku.?
- si suami seorang yang lemah, kurang bertegas dan kerap memberi muka kepada isteri, iaitu sering tunduk kepada kemahuan si isteri
-si isteri mula melihat kelemahan suami dan merasakan dirinya lebih dominan
-suami terpaksa bergantung nasib kepada isteri, misalnya dalam hal penyediaan makan minum, taraf pekerjaan yang rendah berbanding isterinya, soal pemberian penjagaan anak-anak dan rumah tangga, bahkan soal pendapatan
-Pengaruh mertua

Adakah Lelaki juga salah dalam hal ini.?
-Ya, memang sedikit sebanyak silap si lelaki juga. Sikap beralah itu baik, tapi usah terlalu memberi muka, nanti hilang kredibiliti.



Info lain.
-Pakar berpendapat sikap lelaki yang terlalu mudah mengalah menyebabkan isteri bersikap queen control.
-Ramai suami yang mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati.
-Realitinya, lelaki akan berasa cepat jemu sekiranya ia berterusan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!