8 Dec 2016

TAK PERLU BOOKING PUN UNTUK DAPATKAN BILIK BERHAWA DINGIN DI WAD KK4 INSTITUT PEDIATRIK HKL

Akhirnya, adik Izz sudah dipindahkan dari Wad KK7 (Ortopedik) ke Wad KK4 (Pembedahan). Wad kebiasaan adik Izz. Memang sejak tahun 2013 lagi, adik Izz ditempatkan disini. Dah biasa, tahu selok-belok.


Tahun 2016, merupakan tahun istimewa buat adik Izz. Kenapa aku anggap sebagai istimewa? Sebabnya setiap kali adik Izz admitted, mesti dia akam diletakkan di dalam bilik. Bilik 2 katil dan berhawa dingin.

Dan kalaupun adik Izz baru jalani pembedahan, duduk sekejap di luar then dipindahkan semula ke dalam bilik. Tak perlu booking bagai, tersedia elok buat adik Izz. Istimewa, kan? Yang tak bestnya, dalam bilik takde TV. Dalam bilik takde bilik air. Dan bilik pula, nun dihujung wad sekali. Itu je lah.

Lain-lain, semuanya ISTIMEWA.
Share:

WAD KK7 INSTITUT PEDIATRIK HKL ANTARA YANG TERBAIK

Hari ini mungkin adik Izz akan dipindahkan semula ke `rumah'nya iaitu Wad KK4. Sejak tahun 2013 lagi adik Izz telah mendapatkan rawatan disana. Tahu tidak, Wad KK4 juga dikenali sebagai Wad Pembedahan di Institut Pediatrik HKL? Ok, aku dah lama tahu. Hehehe...

Kemasukan (admitted) adik Izz baru-baru ini adalah di Wad KK7 Institut Pediatrik juga dikenali sebagai Wad Ortopedik dan Wad Pembedahan. Ini kerana adik Izz alami kesakitan pada kakinya. Merasa juga tinggal di wad lain selain Wad KK4. Ubah angin, orang kata.


Wad KK7 berbeza dengan Wad KK4 walaupun dalam bangunan yang sama. Ini kerana layout Wad KK7 adalah dua katil sebilik disertakan dengan bilik air dan berhawa dingin. Lebih memudahkan untuk meninggalkan adik Izz jika mama Izz/opah Izz perlu ke tandas. Adik Izz tak macam anak-anak lain, hendak ditinggalkan dan diperhatikan jururawat, emmm ... dia tidak mahu.

Walaupun adik Izz ditempatkan di Wad KK7, TPN (Nutrisi Parenteral) tetap juga perlu diberikan kepada adik Izz. Tak boleh skip unless terpaksa. Mungkin akan datang tak perlu TPN, siapa tahu kan?

Menariknya disini, Wad KK7 kurang familiar dengan dressing CVL dan TPN. Kurang familiar maksud aku jarang-jarang buat, bukanlah tidak tahu buat. Apa yang membanggakan adalah jururawat minta `assist' daripada mama Izz untuk dressing CVL dan TPN sepanjang adik Izz di Wad KK7. RESPEK!


Tak segan mereka akui dan tak segan bertanya. Iyalah, lama dah tak buat mungkin ada yang sudah lupa dan kekok. Aku sendiri pun bila adik Izz lama di wad, kekok rasa nk dressing bila adik Izz Home TPN (Home Parenteral Nutrition).

Sama seperti di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya hari tu. Jururawat yang dressing CVL adik Izz, minta assist daripada mama Izz. Mulanya mama Izz nak buat sendiri, tapi jururawat berkeras nak buat sendiri. “Takpe kak...biar saya buat. Akak assist saya ye. Beritahu apa yang perlu dibuat."

TERIMA KASIH buat warga Wad KK7 Institut Pediatrik HKL atas layanan baik anda semua. Aku sangat berharap yang adik Izz boleh stay lagi disini. Hehehe.. Nak buat macamana, arahan doktor agar adik Izz dipindahkan ke Wad KK4, turuti sajalah. Wad KK4 pun sama juga, terbaik!

Eh, bukankah Wad KK7 pun Wad Pembedahan? Tak payah pindah, boleh? Hehehe... Oklah, mana-mana pun sama. YANG PENTING, adik Izz sihat. Teruskan berdoa buatnya kepadaNYA. Inshaa Allah.
Share:

7 Dec 2016

MRSA BUKAN PENYEBAB SAKIT KAKI

Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) bukan penyebab adik Izz sakit kaki. Maknanya, adik Izz sakit kaki disebabkan oleh perkara lain which is sudah seminggu berlalu masih belum diketahui puncanya.

Adik Izz sakit kaki kanannya, itu yang nampak ketara lah. Namun, setelah menjalani 3 kali ujian X-ray pada bahagian kaki, tidak menemui apa-apa. Semalam, adik Izz menjalani X-ray tulang belakang but still tidak menunjukkan apa-apa. Tak apalah, kita usaha lagi cari sebabnya.


Berbalik kepada MRSA. Adik Izz merupakan `carrier'. Aku tak berapa fasih nak cerita tetapi mengikut apa yang aku faham, mungkin kerana MRSA masih berada dalam darah adik Izz semasa kali terakhir discaj. Discaj waktu itu pun sebab adik Izz dah free kuman. Maybe tak dikesan.

Sekarang, teruskan dengan antibiotik sajalah walaupun MRSA ni “antibiotik resistance". Hope, sembuhlah. Takut juga aku jika melarat sampai ke Central Venous Line (CVL). Pasal sakit kaki, Inshaa Allah akan ketemu punca. Kita usaha. Mudah-mudahan.
Share:

6 Dec 2016

TAKUT DENGAR BILA NAK KENA X-RAY TULANG BELAKANG.

Tengah sedap melayan adik Izz, tiba-tiba nurse datang beritahu yang adik Izz perlu jalani Spine X-ray. “Hahhh! Spine? Tulang belakang?". Macam serius saja bunyinya tu. Tak apalah, turuti sahaja.

Apakah yang dimaksudkan dengan “Spine X-ray" ni? Spine X-ray adalah ujian yang menggunakan sinaran untuk menggambarkan keadaan di dalam tulang dan organ-organ badan. Spine X-ray menyediakan imej terperinci tulang belakang, dan boleh diambil secara berasingan untuk tiga bahagian utama tulang belakang - serviks (leher), torasik (belakang tengah) dan lumbar (belakang).

Kenapa pula adik Izz perlu jalani Spine X-ray? Tujuannya untuk menilai kecederaan belakang atau leher, atau untuk membantu diagnosis dan rawatan belakang atau sakit leher.


Spine X-ray boleh membantu mengesan fractures, tumors, arthritis, disc problems, osteoporosis dan infection (jangkitan). Aku syak ini mesti ada kaitan dengan “Kenapa adik Izz sakit kaki?". Mana tak nya, 3 kali sudah jalani X-ray pada bahagian kaki serta pinggul, namun masih belum tahu PUNCA kesakitan adik Izz.

Sakitnya tak tahu lah aku nak gambarkan bagaimana, tapi adik Izz memang tak nak berdiri langsung. Bila didirikan, meraunglah dia “sakit...sakit! Pedih...pedih!". Aku harap, selepas X-ray tulanh belakang ni, dapatlah tahu punca. Mudah-mudahan.

Dan jangan risau, `secara umumnya, X-ray tulang belakang adalah selamat dan tidak mungkin untuk menghasilkan kesan sampingan'. (Apa yang aku pernah bacalah!).
Share:

4 Dec 2016

JANGANLAH MRSA LAGI, BUKAN SENANG NAK BAIK TU...

Discharged kali terakhir pada 17 Nov 2016 yang lalu adalah kerana adik Izz sudah `free' kuman, walaupun aku tertanya (dalam hati) “jika free kuman, mengapa perlu continue antibiotik (Cloxa) selama seminggu dirumah?". Tak apalah, adik Izz pun baik-baik saja sepanjang berada dirumah.


Admitted kali ini pula bukanlah kerana kuman, tetapi kerana kaki kanan adik Izz yang sakit. Masuk wad pun bukan wad kebiasaan (Wad KK4) adik Izz, tapi Wad Ortopedik (Wad KK7).

Bab sakit pada kaki tu belum pun tahu sebabnya lagi. Oklah, doktor pun sedang usaha cari sebab tu. Inshaa Allah akan jumpa sebab tu nanti. Mudah-mudahan.


Dengar pula adik Izz kena MRSA, mulalah rasa runsing. Aduhai! MRSA ni pada aku, power sikit. Susah nak baik, tapi bukanlah tak boleh baik. Entahlah... lepas satu, satu. Harap, cepatlah sembuh ye adik Izz! Mudah-mudahan.
Share:

3 Dec 2016

MESTI ADA SEBAB, TAPI APA?

Betullah tu... Apa yang berlaku mesti ada sebab. Cuma sebabnya belum ditemukan. Sudah lima hari rasanya adik Izz alami kesakitan pada kaki kanannya. Sampai sekarang, masih belum diketahui apa sebabnya.


Ujian xray sudah 3 kali, namun belum tunjukkan apa-apa sebab. Ujian ultrasound pun sudah dijalankan, namun masih tidak menampakkan apa-apa tanda. Yang pasti, adik Izz terus mengadu sakit. Bila ditanya, kaki kanannya yang ditunjuk.

Berdiri, tidak mahu. Dipaksa berdiri, dibengkokkan kaki kanannya. Yang jejak, kaki kirinya. Duduk dan baring sajalah dia. Sedangkan hendak berubah posisi kedudukan pun adik Izz akan minta dibantu.


Dari luar, tiada tanda bengkak, lebam-lebam ataupun kemerahan. Sudah tu, apalah sebabnya ye? Nak panggil orang yang arif mengurut, tidak digalakkan. Sekarang, cuma sapukan minyak (tidak panas) dan tuamkan dengan ais sahaja.

Doktor pun sedang berusaha tu. Inshaa Allah akan tahu sebabnya nanti. Harapnya cepat tahu sebab. Bukan apa, kasihan pada adik Izz, asyik mengadu “sakit...sakit...", “pedih...pedih...". Alhamdulillah, CVL adik Izz dalam keadaan yang baik dan TPN diteruskan seperti biasa.

Sabar ye, nak! Bertahanlah. Mudah-mudahan dipermudahkanNYA.
Share:

2 Dec 2016

HOSPITAL WANITA & KANAK-KANAK KUALA LUMPUR

Rupa-rupanya Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur. Ingatkan projek apa lah! Barulah aku tahu. Ada lah dengar-dengar cerita, tapi ingatkan khas untuk kanak-kanak sahaja.


Dulu .. Mula-mula adik Izz mendapatkan rawatan di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, kerja-kerja `piling' sedang dijalankan. “tanggg...tanggg...tang...", bingit telinga dibuatnya. Waktu itu adik Izz ditempatkan di Pediatric High Depency Ward (PHDW), betul-betul sebelah tapak projek Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ni.


Tak sangka, sampai dah siap pun projek ini, adik Izz masih lagi mendapatkan rawatan di Institut Pediatrik, HKL. Emmm!
Share:

1 Dec 2016

KERANA SAKIT KAKI, KE HULU KE HILIR DIBUATNYA.

Bila sakit kaki, sapu sahaja minyak angin, urutkan, jalani fisio ataupun tuamkan dengan ais batu, Inshaa Allah akan beransur sembuh. Itu yang adik Izz alami setahun yang lalu. Dia masih mampu berdiri waktu itu walaupun terpaksa berdiri sebelah kaki.

Berbeza dengan apa yang terjadi kali ini. Berdiri tidak mahu langsung, berjalan apatah lagi. Jika dia hendak kemana-mana, dia akan minta didukung. Jika sedang baring, dia akan minta diangkatkan untuk duduk. Untuk beralih posisi duduk pun dia akan minta bantuan. Kasihan.


Call dahulu doktor yang biasa merawat adik Izz di HKL, katanya boleh bawa ke klinik berhampiran dahulu. Aku pun bawanya ke Klinik Kesihatan Presint 9. Selepas jalani xray pada kedua kaki adik Izz, tiada yang ketara pada keputusan xray berkenaan yang menunjukkan kenapa adik Izz sakit pada kakinya.


Jadi, kes adik Izz di`refer' ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya. Disini ada Ortopedik yang akan memeriksa adik Izz. Diminta untuk jalani ujian xray lagi pada bahagian kaki adik Izz. Namun masih tidak dapat kenalpasti sebab “mengapa kaki adik Izz sakit, dan mengapa kaki kanannya tidak boleh diluruskan?".


Dari Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya, kes adik Izz di`refer' pula ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur. Disini, ada “paeds ortopedik". Bawa semua dokumen rujukan, pun masih tak boleh nak agak apa sebabnya. Sebabnya, tiada yang menunjukkan perbezaan ketara pada keputusan ujian xray kaki kanan dan kiri adik Izz.


Akhirnya ... adik Izz ditempatkan di Wad Ortopedik (KK7), Institut Pediatrik HKL untuk pemeriksaan lanjut. Apapun, kena tunggu pemeriksaan lanjut dari Ortho. Dah di wad, aku legalah sikit. Sekurangnya, adik Izz dalam jagaan yang baik. Harap semuanya dipermudahkanNYA. Mudah-mudahan.
Share:

29 Nov 2016

BUANG RASA `AKU' DALAM DIRI

“Bodohlah kau ni!"

Bos memarahi pekerjanya, seorang kerani. Salah fotostat dokumen. Mulutnya membebel dan memaki sesedap rasa hatinya.

Kerani tersebut hanya mampu meminta maaf.

"Kerja mudah macam ni pun tak boleh buat dengan betul! Apa entah. Takkanlah aku sendiri lak nak fotostat. Banyak lagi kerja lain aku nak buat. Meeting dah tak lama ni!"

Kelam-kabut si kerani yang setahun jagung bekerja tu cuba betulkan balik.

Office hour pun tamat. Semua orang balik rumah masing-masing.


Si kerani singgah di kedai mamak. Roti canailah. Dah seharian, tak sempat nak makan sebab terlampau banyak kerja nak diselesaikan. Tengah-tengah dia makan, dia dengar riuh-rendah dalam kedai makan. Orang ramai berkerumun.

Dia tengok, bosnya terlentang di atas lantai. Mungkin serangan jantung. Orang tengok saja, rata-rata ada yang kenal. Tapi, tak sanggup nak tolong. Buat hal masing-masing. Si kerani tak sanggup nak tengok bosnya dalam keadaan begitu. Segera pergi mendapatkannya. Call ambulans.

Ambulans sampai dan bawa mereka ke hospital. Si kerani menemani. Sampai di hospital, akhirnya bos sedar balik. Si kerani berada di samping bosnya dari awal sampai sedar. Tak tinggal.

"Bos dah okay? Kalau macam tu, saya balik dulu. Saya dah hubungi keluarga bos. Kejap lagi nanti sampailah tu."

Bos menahannya.
"Kenapa kau tolong aku?"

Si kerani tersenyum.
"Bos hanya bos di tempat kerja saya. Bukan bos di luar tempat kerja. Di dalam, saya kuli. Di luar, kita macam saudara. Dah jadi tanggungjawab saya tolong saudara sendiri."

"Tapi, aku dah layan kau dengan buruk di pejabat."

Si kerani jawab,
"Tak mengapa. Saya tak simpan dalam hati. Memang saya masih tak cekap buat kerja. Tak cukup pengalaman. Maafkan saya banyak buat silap."

Bos terdiam lama.
"Maafkan aku."

Si kerani hanya tersenyum. "Bos ada hak nak marah saya. Tak perlu minta maaf. Cuma, kalau boleh, bos kena consider sesuatu juga."

Bosnya berkerut kening.
"Apa dia?"

Si kerani membalas,
"Bos kena buang rasa AKU dalam diri bos. 'AKU bos' jadi orang lain kena tunduk pada aku. 'AKU hebat, AKU kaya, AKU paling berkuasa, AKU punya syarikat, AKU seorang yang betul orang lain salah, ikut suka AKU-lah sebab AKU gah!'. Bos lupa, di atas hebatnya AKU adalah Allah.Bos kena ingat, status dan segala yang bos ada sekarang bukannya kerana bos berusaha kuat, tapi kerana Allah yang berikan atas dasar Dia Maha Pemurah. Ramai lagi di luar sana yang berusaha, tapi belum berjaya. Orang bawahan bos, bukannya robot. Mereka juga ada hati dan perasaan. Sebagaimana bos mahu direspek, mereka juga ingin ada rasa dihormati. Lihatlah macam tadi, bila bos sakit, ada saja staf-staf lain yang nampak, tapi mereka buat tak peduli. Sebab sakit hati ingat layanan bos, moody, marah sesuka hati. Bukan bos seorang ada masalah. Semua orang ada masalah. Kan lebih baik, kita sama-sama bertimbang rasa dan bertolak-ansur. Bos hanya layan mereka yang pandai memuji dan ambil hati bos untuk kepentingan peribadi. Sedangkan yang buat kerja dengan lebih telus dan rajin adalah orang yang lain. Orang pandai mengampu, naik pangkat. Orang yang tidak rapat, diabaikan."

Bosnya terdiam.
"Apa jadi kalau aku teruskan dengan sikap lama?"

Kerani berkata perlahan, tuhan tak amalkan sikap tu semua walaupun DIA adalah ketua segala-galanya dalam urusan dunia. Kalau teruskan, pada hari mati bos nanti, tengoklah ada atau tak orang yang nak datang ziarah."


Bosnya terus sebak. Menitis air mata. Barulah dia sedar, dia cuma manusia biasa. Hanya seorang hamba.Berada di atas bukan selamanya.

Suatu hari kita juga akan berada di bawah.

Di bawah timbunan tanah. (Copy & Paste)
Share:

28 Nov 2016

INI BUKAN FILEM UPIN IPIN, INI “PENAMPILAN KHAS UPIN IPIN".

Ramai yang mengatakan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng itu best, tak kurang juga ada yang mengatakan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng itu tidak best. Apa pula kata aku dan anak-anak mengenai filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini?

Selepas 3 hari tayangan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng di pawagam, barulah aku berpeluang untuk bawa along Izz dan angah Izz. Anak-anak beriya sangat hendak menontonnya. Hari-hari tanya, “papa, bila kita nak tengok Upin Ipin Jeng Jeng Jeng?".


Betullah. Ini bukan filem Upin Ipin, tapi ini filem Aqish & Geng dengan penampilan khas Upin dan Ipin. Along Izz 8 tahun, dan angah Izz 5 tahun, beberapa minit awal sudah tanya “papa, mana Upin Ipin?". “Ermmm, entah. Tunggu je lah. Nanti keluar lah tu", aku kata.

Lama juga, barulah Upin Ipin keluar. Seronoklah mereka. Diam sekejap. Then Upin Ipin hilang, tanya lagi “papa, mana Upin Ipin?". Macam tu lah beberapa kali. Bila Upin Ipin muncul, anak-anak enjoy. Bila Upin Ipin hilang je, aku terus buat-buat tidur. Aqish secara bersendirian, tak dapat tarik minat anak-anak aku, aku pun sama.


Tapi aku ingat, ada satu babak yang berjaya buatkan aku tergelak. Babak dimana bila Bo (Remy Ishak) disuruh Awie (Awie) untuk angkat telefon. Bo tak mahu kerana dia perlu menjawab pertanyaan tentang “betul ke Upin Ipin sebenar akan muncul?" (Begitulah lebih kurang!).

Kemuncak yang betul-betul buatkan anak-anak aku sangat seronok dan terus berdiri, semasa Awie nyanyi lagu “Jeng Jeng Jeng". Mereka pun turut sama-sama menyanyi. Kanak-kanak lain dalam Hall 1 GSC Alamanda pun sama turut menyanyi. Itu sajalah kot yang buatkan anak-anak aku lupa yang ini bukan filem Upin Ipin.

Tak payahlah aku rate dengan bintang, aku pun bukanlah pandai nak review ni. Ini apa yang aku dan anak-anak aku alami je. Lain orang, lain citarasanya. Aku tahu, bukan mudah nak gabungkan realiti dan animasi. Mungkin boleh buat lagi akan datang filem sebegini, cuma jika tajuk filem itu Upin Ipin, biarlah manusia yang jadi “penampilan khas"nya bukan Upin Ipin.

Apapun, aku dan anak-anak tak sabar untuk tonton Upin Ipin the Movie. Lihat pada preview tadi, best! Semoga animasi Malaysia terus sukses. Inshaa Allah.
Share: